
|
Bab 3 : Kemasyarakatan dan Perpaduan
Friday, 17 March 2017 • 22:26 • 0 comments PENGENALAN Hubungan etnik penting untuk mewujudkan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial. Persaingan dan konflik sering berlaku di negara yang memepunyai pelbagai kaum. Menurut, Shamsul Amri Malaysia berkembang pesat dan menjadi negara berpendapatan sederhana kurang daripada 50 tahun. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa. 3.1 KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA Etnik utama di Malaysia: -Melayu, cina, india Asalnya etnik Melayu penduduk asal di Malaysia. Etnik Cina dan India berasal dari negara mereka masing- masing. Disebabakan oleh proses migrasi kedua- dua etnik ini berkembang sejak zaman pemerintahan Inggeris. 3.1.1 Etnik Melayu Memepunyai pelbagai keturunan Melyu Proto (melayu purba/melayu asli), Melayu Deutro (Melayu Lama) dan Melayu Moden (melayu yang datang dari Timur Tengah, India, Cina dan Eropah). Keturunan Melayu Orang Melayu Proto -Sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunan, Taiwan dan seumpama. -Mereka seperti orang Melayu dan berbahasa Melayu. -Masyarakat ini mempunyai pelbagai kaum seperti Semang, Senoi, Temiang, Jakun, Orang Laut dan Orang Sungai. -Ciri-ciri fizikalnya;- berbadan pendek berkulit gelap berambut kerinting Orang Melayu Deutro -Melayu Lama yang mendiami kawasan Lembah Mekang dan Vietnam iaitu Melayu Funan dan Champa. -Mereka kurang berhijrah dan mempunyai bahasa yang seragam. -Kebanyakan mendiami kampung dan dusun. -Berkemahiran dalam bidang pertanian dan pembuatan besi dan logam. Orang Melayu Moden -Masyarakat bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dengan Melayu Deutro dan Melayu Moden. -Kehidupan mereka setanding bangsa Eropah, China, Jepun dan Korea. -Mereka menjadi Melayu dengan bertutur bahasa Melayu yang fasih, beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu dan berbangsa sebagai orang Melayu. -Hampir kesemua masyarakat moden tinggal di bandar-bandar. 3.1.2 Etnik Cina Mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan usahawan Cina yang ingin bekerja sebagai pelombong. Setelah diberi kuasa mengusahakan lombong bijih timah , mereka tidak lagi patuh kepada pembesar- pembesar Melayu disebabkan permintaan bijih timah di England meningkat, ramai imigran masuk ke negara ini terutama Johor untuk perlombongan. Mereka juga berhijrah ke negeri Melayu untuk mencari rezeki . Mereka dipelawa oleh saudara-mara mereka. Etnik Cina tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Mereka terdiri daripada Etnik Kwantung iaitu Orang Kanton, Orang Teochew, Orang Hakka dan Orang Hailam. Kebanyakkan mereka ialah peniaga. Orang Hakka sebagai pelombong bijih. Orang Hailam membuka kedai kopi dan menjadi ornag menjadi orang gaji pembesar Eropah. 3.1.3 Etnik India Mereka masuk ke Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu, Indonesia dan sebagai buruh ladang. Mereka membina bangunan, jalan raya dan jambatan. Lebih ramai etnik India bekerja di ladang- ladang tebu, kopi dan teh kepunyaan orang Eropah. British membawa masuk orang Ceylon (Sri Lanka) yang berpendidikan Inggeris sebagai kerani, pembantu hospital, kakitangan perkhidmatan kereta api. Suku Malayee berpendidikan, megawal selia ladang- ladang Inggeris. Punjabi sebagai anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan iaitu kereta lembu. Kereta lembu sebagai pengangkutan utama menghubungkan kawasan perlombongan dengan pengkalan di sepanjang sungai. 3.1.4 Etnik Minoriti Orang asli pertama menetap di Tanah Melayu (1000TM). Merupakan sebuah kediaman terawal di Nusantara. Penemuan kesan- kesan peninggalan prasejarah di Lenggong, Perak dan Gua Niah, Sarawak. Penduduk terawal di negara ini ialah Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, Orang Punan di Sarawak dan Rungus di Sabah. Etnik Serani masyarakat Portugis dan Belanda berkahwin dengan orang Melayu. Wujud di Melaka dan Pulau Pinang. Mereka kacukan Asia dan Eropah. Etnik Sarawak kumpulan pertama : penduduk persisiran terdiri daripada orang Melayu dan kaum Melanau. Berasal dari Pulau Sumatera. Kaum Melanau beragama Islam, mengamalkan cara hidup Islam dan menggunakan bahsa Melanau. kumpulan kedua: penduduk pedalaman- kaum Iban, Bidayuh, Bisayah, Murut, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Kedayan dan Kelabit. Penempatan utama, Sungai Saribas, Sungai Batang Lupar, Sungai Rejang dan Sungai Sekrang. Kaum Bidayuh mendiami kawasan Sungai Samarahan. Mereka menjalankan aktiviti pertanian (padi huma) dan pertanian pindah. Etnik Sabah penempatan di tepi- tepi pantai dan lembah- lembah sungai. Antara etnik- etniknya ialah Kadazan, Bajau, Dusun, Murut, Orang Sungai dan sebagainya. Etnik Kadazandusun berhijrah ke Boneo Utara kira- kira 2000 tahun dahulu. Kegiatan ekonomi mereka bergantung pada bentuk muka bumi dan kawasan mereka diami. Penduduk persisiran ialah suku Bajau, Suluk dan Brunie. Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan, memungut hasil hutan dan laut. Etnik Murut menjalankan kegiatan menanam padi bukit (padi huma), memburu binatang dan memungut hasil hutan. 3.1.5 Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia Sejarah penduduk Tanah Melayu berkait rapat dengan Orang Asli (orang Melayu Proto). Kehadiran kaum Cina dan India mempengaruhi dan mnegubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu. Tanah Melayu mempunyai hubungan keselamatan antara maharaja China dengan kerajaan Melayu Melaka. Tanah Melayu terletak di lokasi strategik (di tengah- tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat). Ramai pedagang berhijrah ke Melaka. Antaranya terdiri daripada pedagang dari China, India, Arab dan Eropah dan juga dari kepulauan Melayu. Tanah Melayu menjadi tempat persinggahan para pedagang India, China, Eropah dan Arab. Bukti menunjukkan kerajaan Kedah, Langkasuka dan Gangga Negara menerima pengaruh Hindu-Buddha, pedagang India. 3.2 PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL Punca berlakunya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum:- -pemisahan tempat tinggal menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat. -perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbangdan menimbulkan masalah perkauman. -fahaman politik yang mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza aliran, fahaman dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. -perbezaan kepercayaan atau agama, keturunan, bahasa dan adat resam. Langkah- langkah yang diambil untuk mengatasi masalah perpaduan dalam kaum:- Penyeragaman sistem pendidikan -memupuk semangat perpaduan di sekolah melalui pendidikan dan kurikulum seragam antara semua kaum. Integrasi Ekonomi -melancarkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) agar kemiskinan dikurangkan dan seimbang di bandar serta luar bandar. Aspek Sosial lain -untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum. Penyatuan fahaman politik -mewujudkan semangat satu negara dan persefahaman dalam satu politik yang sama. 3.2.1 Faktor yang mempengaruhi Perpaduan dan Integrasi Nasional Perkongsian kuasa politik di Malaysia -penyatuan parti berbilang kaum dalam satu penubuhan besar iaitu Parti Perikatan. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Persekutuan (1955) membuktikan penggabungan etnik dalam sau badan politik merupakan cara untuk mendapatkan sokongan. Kerajaan Demokrasi -Demokrasi Berparlimen 1975 memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan ketidakpuasan melalui etnik yang berbeza. -seseorang boleh bersara dan membuat kritikan berdasarkan undang- undang dan peraturan yang ditetapkan. Pertumbuhan ekonomi yang baik -mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum. -Program- program yang berkesan dalam bidang pertanian, perdagangan dan sebagainya oleh kerajaan. Budaya tolak ansur - tindakan menyertai Majlis Perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum. 3.2.2 Tahap Integrasi Segregasi 💥proses sosial yang menyebabkan kumpulan sosial diasingkan dengan kumpulan sosial lain. 💥pemisahan berlaku dari aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, adat resam dan lain- lain. 💥proses ini menyebabkan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain. mempunyai 2 cara iaitu rela dan tanpa rela. 1. rela golongan manusia yang memencilkan diri dan ingin berada dalam kumpulan mereka sahaja. 2. tanpa rela perasaan dari pihak berkuasa ( segrasi de jure ) paksaan dari kerajaan. Akomodasi 💥setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati nilai etnik lain. 💥etnik dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai budaya. Akulturasi 💥 penerimaan unsur kebudayaan antara suatu kebudayaan dengan kebudayaan yang lain dan diterima Asimilasi 💥apabila kumpulan minoriti mengamalkan budaya majoriti untuk mengurangkan batas. 💥masyarakat akan menjadi homogenous. 💥 Asimilasi mutlak / sempurna menyebabkan penghapusan berbeza dari segi kebudayaan dan identiti 💥mempunyai dua jenis iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Amalgamasi 💥tahap paling 💥terjadi apabila budaya bercampur untul membentuk budaya baru dan memakan masa. 3.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI 💦sebagai sandaran dan menjadi pegangan negara dan rakyat Malaysia. 💦 digubal sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan menyatukan rakyat dan membimbing mereka ke arah perpaduan. 💦penggubalan Rukun Negara dilakukan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. 💦 lahir daripada pemikiran Majlis Perundingan Negara oleh Parti Politik, Kesatuan Sekerja, akhbar dan lain- lain. 💦wakil berpeluang berbincang dan mencari penyelesaian masalah hubungan kaum. 💦 Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan satu susunan prinsip hidup bermasyarakat mengandungi nilai kenegaraan seperti agama, politik, budaya dan lain- lain. Objektif Rukun Negara 💦mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam seluruh masyarakat. 💦memelihara cara hidup demokrasi. 💦mencipta satu masyarakat adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil. 💦membina masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden. Rukun Negara 💦kepercayaan kepada tuhan 💦kesetiaan kepada raja dan negara 💦keluhuran perlembagaan 💦kedaulatan undang- undang 💦kesopanan dan kesusilaan 3.3.1 Peristiwa 13 Mei 1969 💦berlaku rusuhan kaum melayu, cina dan india, tetapi tertumpu kepada kaum melayu dan cina. 💦 kejadian berlaku selepas Pilihan Raya 1969 tang dimenangi oleh parti pembangkang DAP dan Gerakan. 💦 DAP dan Gerakan mengadakan perarakan besar- besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 dan sesetengah perarakan dilakukan tanpa izin polis. 💦 perarakan diketuai oleh Datuk Harun Idris (MB Selagor) merupakan kesinabungan daripada perarakan jenazah Parti Buruh 9 Mei 1969 kerana seorang pemuda cina terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis. 💦rusuhan tercetus di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya. Bilangan yang cedera 492 orang. 💦peristiwa ini menyebabkan pemimpin meneliti isu perpaduan dengan lebih serius 💦 tindakan yang diambil ialah penangkapan tokoh yang menyertai rusuhan, perintah berkurung, dan mengawal berita- berita dan mengharamkan pilihan raya Disediakan oleh; 💖💖 AZATUL AKMAR BINTI SHAMSUDIN💦💦💦 Bab 5: Isu-isu Keperihatinan Negara
Saturday, 11 March 2017 • 05:29 • 0 comments
OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA
Secara ringkas, objektif-objektif dasar luar Negara adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
5.1 DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA
Hubungan dengan luar negara sangat penting untuk menjamin keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara, pembangunan ekonomi serta kerjasama antarabangsa. Kejayaan negara mengadakan hubungan baik dengan negara luar menyebabkan Malaysia terkenal di seluruh dunia dan dapat meningkatkan ekonomi negara disamping menjadi tumpuan dalam kalangan negara luar. Kedaulatan negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Malaysia juga bekerjasama dengan negara-negara dunia dalam usaha mengutarakan kedudukan negara berasaskan kepentingan negara. Hubungan antarabangsa merupakan hubungan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara. Selain itu, ia juga merupakan hubungan yang terlibat entiti-entiti (dalam istilah politik).
5.1.1 PERANAN ASEAN
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau Association Of Southeast Asian Nations (ASEAN). Penubuhannya bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November. ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pada 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau. Oleh yang demikian, negara-negara anggota bagi ASEAN telah bertambah dan antara anggotanya ialah ialah Brunei Darussalam, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pada tahun 1975 dan diikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.
Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campur tangan kuasa-kuasa luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama. Rakyat negara-negara anggota ASEAN berhak menentukan nasib negaranya sendiri.
ZOPFAN ialah (Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali)
Objektif ZOPFAN adalah untuk :
(a) Menjamin keamanan dan kestabilan politik rantau AsiaTenggara
(b) Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
(c) Mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara.
ARF ialah (ASEAN Regional Forum) merupakan suatu forum yang dibentuk oleh ASEAN pada tahun 1994. Objektif utama ARF ialah : (a) Menjalin dialog dan rundingan konstruktif berkaitan dengan isu politik dan keselamatan demi kepentingan bersama.
(b) Membuat sumbangan signifikan terhadap usaha untuk memupuk keyakinan
dan diplomasi di rantau Asia Pasifik.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak ASEAN di Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah menruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
Prinsip-prinsip utama ASEAN ialah saling menghormati kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara. Memberi hak kepada setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversifatau paksaan (coercion). Selain itu, melakukan perbincangan dan penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman dengan negara anggota. Menolak sebarang penggunaan ketenteraan sekiranya terdapat persengketaan. Akhir sekali, melakukan kerjasama efektif antara negara anggota.
Matlamat utama penubuhan ASEAN adalah ;
* Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan
kebudayaan di rantau Asia Tenggara. * Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan memenuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. * Meningkatkan kerjasama dan bantuan antara negara anggota ASEAN dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan. * Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan. * Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.
Keselamatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan pendidikan serta penyelidikan merupakan bidang yang dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN. Persetujuan yang telah dbuat dalam bidang keselamatan ialah menerima South East Asia Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ), iaitu menjadikan rantau ASEAN bebas daripada tenaga nuklear. Manakala, anggota ASEAN juga bersetuju menerima konsep ZOPFAN, iaitu bebas daripada persaingan kuasa besar. Selain itu, dalam bidang pendidikan pula, ASEAN bersetuju menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO), iaitu perkongsian kepakaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari negara anggota. Bidag kebudayaan, telekomunikasidan kesenian, pelbagai kerjasama telah dilaksanakan. Sebagai contoh Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Penubuhan Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking COUNCIL)< perlaksanaan projek-projek perindustrian seperti projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B, denggi dan Coxsakie merupakan bidang ekonomi, penyelidikan dan perubatan.
5.1.2 PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
Pertubuhan Persidangan Negara-negara islam atau Organisation Of Islamic Conference (OIC). Pejabat OIC telah ditubuhkan di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan (Eropah Selatan) dan Asia Selatan. Pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
Pertubuhan OIC bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan dan sebagainya. Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas OIC, oleh itu kita harus berasa bangga kerana lahir sebagai anak Malaysia. Negara kita sentiasa terlibat secara aktif dalam segala aktivitinya. Malaysia sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada negara Islam dan umatnya di seluruh dunia. Hal ini sejajar dengan dasar kerajaan yang memberikan keutamaan penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah.
PERANAN MALAYSIA DALAM OIC
~ Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan.
~ Mewujudkan perpaduan sesama ummah (konflik Israel-Palestin). ~ Membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia. ~ Menyokong perjuangan rakyat Palestin. ~ Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegivina. ~ Membangunkan ekonomi dan sosial Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan di negara itu. ~ Membuat pelaburan dalam industri minyak dan gas di beberapa buah negara seperti Iran. ~ OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat. ~ Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank. ~ Menangani asalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam antarabangsa. ~ Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara negara-negara Islam, Malaysia telah menganjurkan musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun. ~ Malaysia memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Palestin. ~ Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting. ~ Mendapat faedah berupa pinjaman daripada bank pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. ~ OIC juga telah memberikan tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). ~ Mendapat pinjaman daripada bank pembangunan Islam di bawah naungan OIC. ~ Menerima pengiktirafan daripada Tungku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama. ~ Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2013. ~ Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC. ~ Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam. ~ Mengesyorkan Islam ialah agama yang toleran, mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.
Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam sangat berguna bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara anggota. Tindakan yang amat diambil oleh perdana menteri ialah usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan negara anggota serta rakyat, iaitu memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan dan bukannya hal-hal boleh menjejaskan perpaduan. Membolehkan semua orang terutama wanita menyedari potensi mereka. Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif. Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam usaha memerangi rasuah dan memupuk arus takbir yang baik.
5.1.3 PERANAN KOMANWEL
Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL)
Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Pertubuhan ini dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala beribu pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.
5.1.4 PERANAN NAM
Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.
Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
PERANAN MALAYSIA DALAM NAM
Tujuan utama pertubuhan NAM ialah mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan anggota.Menjadi medan diskusi bagi negara-negara anggota untuk menyuarah pendirian berhubung isu-isu semasa.Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.Memperjuangkan kepentigan negara-negara sedang membangun.Menekankan hal ehwal yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi.Mewujudkan muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.Meningkatan penguasaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.
Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang terbesar Malaysia sumbangkan ialah membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur menegaskan tentang usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
5.1.5 PERANAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa.Bekerjasama dalam Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945. Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDTT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengama di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan Negara
Matlumat pertubuhan (PPB) adalah menjamin,menjaga keamanandan keselamatanmenyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.
Cabaran ialah mempromosikan nilai kesederhanaan pada peringkat global.Mendesak penggunaan kaedah perantaraan berbanding dengan ketenteraan dalam penyelesaian konflik.Meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh.
Bab 4 : Pembangunan Negara
Friday, 10 March 2017 • 15:05 • 0 comments
PEMBANGUNAN NEGARA
6.0 PENGENALAN Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di nagara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosioekonimi antara kaum . Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, pendapatan negara kita adalah rendah dan kadar kemiskinan rakyat adalah sangat tinggi.Tetapi dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan telah mengubahkan nasib negara kita dari kurang maju ke negara maju dalam mata dunia. Dalam tugasan ini kami akan terangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dan kerjayaan yang telah dicapai melalui dasar ini. 6.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini ialah kesan peninggalan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960 ). Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965 ) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Rancangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970 ).
MAKSUD PEMBANGUNAN
Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.
Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu : 1) Perancangan peringkat pertama ( zaman pramerdeka ) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu ( 1950-1955 ) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960 ). 2) Peringkat kedua iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965 ) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama ( 1960-1970 ) iaitu selepas Malaysia ditubuhkan. 3) Peringkat ketiga iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) iaitu Rancangan Malaysia kelima ( 1986-1990 ). ![]() RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG ( RRJP ) DAN RANCANGAN MALAYSIA ( RM )
TUMPUAN RRJP3 DIBERI KEPADA BEBERAPA TERAS DAN DASAR YANG STRATEGIK UNTUK MENCAPAI PEMBANGUNAN MAMPAN :
RANCANGAN MALAYA PERTAMA ( 1956-1960 )
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
OBJEKTIF/MATLAMAT :
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
Beberapa buah agensi kerajaan telah ditubuhkan :
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
OBJEKTIF/MATLAMAT :
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)
OBJEKTIF/MATLAMAT :
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
OBJEKTIF/MATLAMAT :
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
OBJEKTIF/MATLAMAT :
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH ( 1996-2000 )
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN ( 2001-2005 )
![]() RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN ( 2006-2010 ) ![]() RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH ( 2011-2015 ) ![]() RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS ( 2016-2020 )
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dalam tahun 1970 sebagai tindak balas atau reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969. Program-program pembangunan sejak merdeka belum dapat mengatasi perbezaan sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, desa dengan bandar, negeri-negeri pantai barat dengan pantai timur dan negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.DEB diperkenalkan dan dilancarkan bagi tempoh 20 tahun (1971-1990). Dasar Ekonomi Baru adalah tercakup dalam RRJP1 (1970-1990).Matlamat DEB adalah serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak dikaitkan dengan mana-mana kaum atau keturunan. DEB merupaka satu strategi Negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.Ia juga merupakan satu dasar yang mempunyai cabaran, pengorbanan dan iltizam yang memerlukan satu perubahan sikap atau mental semua penduduk di negara ini. Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh dua puluh tahun ia dilaksanakan (1971-1990) sepanjang tempoh RRJP1. BIJIH TIMAH
GETAH
PERKEMBANGAN EKONOMI
MALAYSIA
KONSEP DAN MATLAMAT
PEMBANGUNAN NEGARA
KONSEP PEMBANGUNAN
CIRI CIRI PEMBANGUNAN NEGARA
MATLAMAT PEMBANGUNAN
NEGARA PADA ABAD KE 20
BELANJAWAN
RANCANGAN-RANCANGAN LIMA
TAHUN
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan DEB berakhir pada tahun 1990. Dalam tempoh 20 tahun tersebut negara telah mengalami kepesatan pembangunan walaupun mencapai pelbagai rintangan dan halangan. Rentetan dari itu, pada 17 Jun 1991, kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (RRJP2) meliputi perancangan selama 10 tahun (dari tahun 1991 ~ 2000). Penggubalan RRJP2 berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Perancangan ini adalah titik permulaan ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat DPN adalah perpaduan negara. Ianya merupakan impak positif DEB yang telah dirancang sebelumnya oleh kerajaan dalam menangani isu perpaduan rakyat dan negara. Aspek-aspek yang ditekankan di dalam DPN ialah:-
Bagi menentu dan memantau kejayaan, DPN telah melaksanakan beberapa program penting buat negara. 3 program penting yang direncanakan ialah:-
Disamping 3 program di atas, DPN juga menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor Pembuatan dan Perkhidmatan dengan penumpuan penuh kepada Industri Kecil dan Sedarhana (IKS).
Selain daripada itu agensi-agensi amanah dan perbadanan awam telah dipertanggungjawabkan dalam menjana ekonomi kaum bumiputera negara.
DASAR WAWASAN NEGARA
Dasar Wawasan Negara dengan tema utama, iaitu ‘Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’. Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam DWN adalah seperti berikut :
Teras Utama DWN
a. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
b. Menggalakkan pewujudan masayarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah..
c. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhan, institutsi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro
d. Mempertingkatkan daya saing untuk mengahadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
e. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.
f. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.
DASAR PERTANIAN NEGARA
DPN telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 oleh Datuk Musa Hitam selaku pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara
Matlamat :
Strategi perlaksanaan
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Maksud Dasar Pendidikan Kebangsaan :
Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam pembentukan diri setiap individu ke arah mengenali diri dan mencapai kehidupan yang baik dan sempurna.Seperti Prof. Dr. Muhammad Naquib beliau mendefinisikan pendidikan sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan negara dan juga telah diiktiraf sebagai alat untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional.
Sejarah Penubuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan :
Sejarah penubuhan dasar ini adalah semasa dalam tahun menuju kemerdekaaan dan timbul kesedaran di kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia bahawa betapa pentingnya diwujudkan satu sistem pendidikan yang baru bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak negara. Dasar ini telah lahir melalui Penyata Razak 1956 dan termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1957. Kesedaran ini juga timbul bagi menggantikan sistem pelajaran yang tidak memuaskan yang mana telah disusun oleh penjajah dan berkembang tanpa mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Hal ini kerana, penjajah tidak menggalakkan kaum bumiputera Malaysia menimba ilmu ke tahap yang tertinggi dan jika ada sekalipun, anak-anak Melayu ini hanya diberi pendidikan untuk menghasilkan satu generasi bertani yang lebih moden sedikit. Tetapi keadaan ini hanya disedari selepas tercapainya kemerdekaan dan melalui kesedaran ini juga telah melahirkan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1961.
Objektif Pelaksanaan Dasar :
Objektif pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1957 ialah merupakan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk dan mewujudkan beberapa bidang tugas tertentu.
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah.
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dan mengadakan peluang pendidikan asas sembilan tahun.
Kesan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan :
Semenjak ditubuhkan, dasar ini masih belum boleh dikatakan berjaya dan mencapai objektifnya. Walaupun sudah banyak sumber manusia yang telah disumbangkan kepada pembangunan negara tetapi sebilangan dari mereka tidak mampu menunjukkan nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia kerana ramai dari kalangan intelek cendekiawan yang terlibat dengan skandal dan jenayah kolar putih. Media pernah mendedahkan kegiatan rasuah dan penipuan di kalangan para pegawai kerajaan dan penggelapan wang rakyat. Contohnya ialah skandal BMF yang melibatkan wang yang berjumlah berjuta-juta ringgit. Keruntuhan moral di kalangan pelajar juga menunjukkan bahawa dasar tersebut belum mencapai objektifnya kerana masalah ini semakin berleluasa. Misalnya, kajian yang pernah dijalankan terhadap 90 buah sekolah di seluruh negara menunjukkan terdapat seramai 343 orang pelajar terlibat dalam penagihan dadah dan ini bermakna hitung panjang murid yang menagih dadah di setiap sekolah adalah 4 orang. Selain itu, terdapat juga pelajar yang membunuh diri kerana gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi dan contoh kes ialah Norasiah Mamat pelajar tingkatan 3 yang mengantung diri pada 14 haribulan 4 tahun 1998. Jelas menunjukkan bahawa dasar ini belum mampu membentuk insan yang berakhlak dan tidak mencapai kesempurnaan ilmu. Dikatakan dasar ini tidak mencapai matlamatnya ialah kerana tidak mempunyai falsafah sedangkan falsafah, matlamat, objektif dan isi kandungan adalah penting dalam menentukan pengisian untuk mendidik insan.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Pengenalan
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan dalam proses pembangunan negara di Malaysia dimana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ia memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat. Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancanga yang teiti supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini menentukan sifat-sifat baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Rasional
Penggubalan dasar kebudayaan kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Penggubalan dasar perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan. Peranan sebuah pusat pertemuan melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur sesuai kepada kebudayaan asas rantau dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Terdapat tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebagsaan iaitu :-
Objektif
Usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu :-
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut :-
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabanga. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
DASAR SOSIAL NEGARA
Kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.
Objektif-objektif Dasar Wanita Negara ialah:
(i) Menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan.
(ii) Mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan dan membasmi kemiskinan.
Strategi-strategi Pelaksanaan
Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita Negara (DWN), beberapa strategi dibentuk bagi menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan sperti berikut:
(a) Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai Jentera Pembangunan Negara
(b) Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan supaya memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita.
(c) Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan.
(d) Membasmi diskriminasi dan mengambil tindakan tegas.
(e) Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenal Isu Wanita.
DASAR KELUARGA NEGARA
WAWASAN 2020
Wawasan 2020 dicetuskan oleh Mantan
Perdana Menteri Malaysia Ke-4-Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini
Tun) sewaktu Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28
Februari 1991.Ia dibentangkan melalui sebuah kertaskerja beliau yang
bertajuk 'Malaysia-Melangkah Ke Hadapan" yang
bertujuan mengemukakan pandangan masa depan negara dalam usaha menjadi negara
maju menjelang tahun 2020 dengan acuannya negara sendiri.
Dirancangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka secara hakikinya, akan benar-benar maju, bersama rakyat yang bersatu, mampu berdiri dan berdikari sendiri, progresif dan makmur. Dicadangkan juga Malaysia akan maju dalam segala aspek, terutamanya dalam aspek :-
Negara yang masih dalam perjalanan yang jauh
digariskan dengan 9 cabaran untuk mencapai wawasannya.
1. Mewujudkan negara Malaysia yang BERSATU.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram
dan maju dan berkeyakinan sendiri.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan
matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang penuh bermoral dan
beretika.
5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak
ansur.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayangi.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur dalam segala segi.
Begitulah 9 cabaran wawasan negara menjelang
tahun 2020. Walau bagaimanapun, isu utama Wawasan 2020 negara ini ialah pada :-
PELAN INTERGRITI NASIONAL
1 MALAYSIA
TUJUAN
TUJUAN 1 MALAYSIA Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum sebagai senjata utama menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran.Jika dihayati sepenuhnya, 1Malaysia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam semua bidang dan disegani seluruh dunia.Perdana menteri mahukan rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik.Konsep 1Malaysia juga menuntut setiap warga dan pemimpin memainkan peranan masing-masing justeru prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menjadi panduan.Namun tidak semudah sebutan, konsep 1Malaysia menuntut rakyat lebih terbuka, berfikir dan bertindak melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing. Sejauh mana gagasan ini akan membawa negara, sememangnya bergantung pada tahap penerimaan dan penghayatannya.
MATLAMAT
• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
GAGASAN 1MALAYSIA
• Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
• Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
• Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :
• Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
• Mengurangkan kadar jenayah.
• Memerangi rasuah.
• Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
• Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.
• Menambah baik pengangkutan awam.
• Sementara bagi maksud Pencapaian
1 MALAYSIA DIPERKENALKAN
1 MALAYSIA telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.
|
Disclaimer
Welcome Here Profile
Stuff Credit
Big Help Template : Sasa Basecode : Azzahra Coding : N. Afiqah Edited : Fatqah |