PENGAJIAN MALAYSIA
Bab 2 : Perlembagaan Malaysia
Friday 10 March 2017 • 15:04 • 0 comments

4.1  DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang,adat atau peraturan yang lazim dipakai.
4.2  Sejarah pembentukan perlembagaan malaysia
       
        Sejarah pembentukan perlembagaan Malaysia telah bermula sejak abad ke-19 penjajah british telah menguasai perak,selangor,negeri sembilan dan pahang yang dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu . Selepas perang dunia kedua jepun berundur dari tanah melayu dan british kembali ke tanah melayu . Pengenalan malayan union pada bulan april 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada tanah melayu.
         Hal ini menyebabkan satu perjanjian baharu telah dibuat antara raja-raja melayu dengan penjajah brirish yang dikenali sebagai perjanjian persekutuan 1948 . Melalui perjanjian ini kerajaan pusat terdiri daripada seorang pesuruh tinggi british,sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan . Selain itu,majlis perundangan mempunyai anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british.hasil daripada perjanjian telah lahir satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948 . Selepas ini perlembagaan tersebut dipanggil sebagai perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948 . Selepas pilihan raya 1955 parti perikatan yang menang majoriti secara tidak langsung menjadi kerajaan . Pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah british mengadakan satu persidngan perlembagaan di london.
         Dalam persidangan ini cadangan agar ditubuhkan sebuah pesuruhjaya yang bebes untuk menggubal satu perlembagaan untuk persekutuan tanah melayu sebagai langkah pertama kearah kemerdekaan . Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan seuah suruhanjaya perlenbagaan perskutuan tanah melayu yang dipengerusi oleh lord reid(england),sir ivor jenning (uk),sir willian makell (australia),b.malik(india)dan hakim abdul hamid (pakistan).pelantikan orang luar dalampenggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan daripada masalah berat sebelah.Suruhanjaya Reid telah mengadan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam,parti politik,badan awam dan sebagainya . Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah Berjaya Menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.
        Draf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957 . Persekutuan tanah melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Tujuan Perlembagaan
Kewujudan perlemagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur anatara kaum . Walaupun perlembagaan memperuntukan agama islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia . Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara juga ada kelongarannya apabila bahasa lain juga boleh digunakan . Manakala dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu,YDPA bukan sahaja menjaga kepentingan orang Melayu,tetapi kaum lain juga dapat pelindungan yang sewajarnya . Ianya adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesebuah kaum sahaja.
Mengelakkan penyalahgunaan Kuasa oleh Pemerintah
Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan,terdapat beberapa peruntusan khas tertentu untuk YDPA serta sultan/raja/Yang Dipertua Negeri . Walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu,tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia . Ianya dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Mengawal Pergerakan Kerajaan Dan Rakyat
Perlembagaan persekutuan malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada pemerintah,tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi dan hak istimewa orang melayu . Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa da dapat mengelakkan darpada dominasikuasa oleh sesuatu pihak.Pemerintah mempunyai had terhadap perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan serta rakyat juga ada perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
Alat untuk menyelesaikan masalah
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubahan undang-undang persekutuan dan Negeri. Malahan,sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.
Menjamin Riwayat Negara Bangsa
Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran negara . Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dicorakkan.
Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara
Perlembagaan berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah,mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah . Alat penyelesaian masalah ini sesungguhnya telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara . Memandangkan terdapat sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu . Kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.
BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis mengandungi 3 sifat utama, iaitu :
i.                 Kukuh dan sukar  untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
ii.                Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
iii.               Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.
4.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1). Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat. Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal. Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi punca kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan ketertinggian perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu:
i.              Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
ii.             Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah.
iii.            Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang  taat setia rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
iv.           Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
v.            Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan menurut undang-undang.
Perkara-perkara yang pernah dipinda
Pemisahan Singapura
Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan . Situasi sedemikian memerlukan persetujuan Malaysia Raja-Raja terlebih dahulu . Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini . Oleh itu,pada bulan September 1963,Singapura keluar dari persekutuan Malaysia.
Mengenai Gender
Perlembagaan persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan bagi memastikan tidak ada diskriminasikan antara jantina di negara ini . Perkataan jantina akan ditambah kepada perkara perlembagaan Malaysia yang berbunyi 'Kecuali sebagaimana dibernarkan dengan nyatanya oleh perlembagaan , tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama , kaum , keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang.
Kekebalan Raja
Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuniti raja-raja,iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan kesalahan.Pindaan ini dibuat kerana kekebalan ini dirasakan tidak sesuai dengan aliran zaman.
Pengurusan bekalan air
Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri,kecuali di Sabah dan Sarawak.Hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanan dengan lebih cekap dan berkesan,walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
4.4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan(lingua franca) semenjak abad ke-15 dengan wujudnya kesultanan melayu melaka.Pada masa itu, bahasa ,melayu merupakan bahasa utama yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata dunia.Namun kepentingan bahasa-bahasa lain tetap dilindungi dan tidak ada sesiapa pun yang boleh melarang atau di tegah daripada menggunakan bahasa -bahasa lain, selain bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun , perlu di ingatkan bahawa bahasa Malaysia adalah bahas yang digunakan untuk tujuan rasmi. sebagai tambahan, melalui Akta Bahasa Kebangsaan ,1963/67 , Seksyen 9, tulisan rumi telah diperuntukkan sebagai tulisan Kebangsaan.
Peruntukan tentang Kewarganegaraan
Individu yang cukup syarat dan mencapai taraf kerakyatan negara akan diterima sebagai warganegara Malaysia. Setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan yang tertentu seperti yang telah di peruntukan dalam perlembagaan. Sehubungan dengan itu setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan kewajiban-kewajiban yang tertentu yang perlu dilaksanakan terhadap bangsa dan negara. Tanggungjawab seorang warganegara ialah menjunjung dan mempertahankan perlembagaan. setiap warganegara perlu tunjukkan rasa taat setia yang tidak berbelah kepada negara , mengundi semasa pilihanraya jika memenuhi syarat sebagai pengundi, mematuhi undang-undang negara, membayar cukai yang ditetapkan untuk faedah bersama, dan mempertahankan negara jika diancam musuh.
Sebagai warganegara setiap individu dilindungi undang-undang atau diberi hak -hak tertentu. Antaranya termasuklah perlindungan keselamatan diri dan harta benda, kemudahan pendidikan dan kesihatan, kebebasan beragama, bercakap dan berkumpul seperti yang dijamin oleh perlembagaan
Peruntukan tentang hak asasi
Hak asasi ialah hak yang penting bagi seseorang individu mengembangkan potensi diri sama ada dari segi aspek rohani, jasmani dan emosi. Dalam perlembagaan Malaysia, istilah yang digunapakai untuk hak asasi ialah KEBEBASAN ASASI bukan hak Asasi. Kebebasan asasi ini terbahagi kepada tiga, iaitu kebebasan beragama, kebebasan diri dan kebebasan ekonomi.
Kebebasan beragama diperuntukkan dalam perkara 11 dan 12 Perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini setiap individu bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing, walaupun agama rasmi ialah agama Islam. Perkara 5 , Fasal (1) memperuntukkan individu yang bersalah disegi undang -undang tidak boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya seperti bercakap, kebebasan berkumpul, dan kebebasan menubuhkan persatuan di negara ini. Tiada individu yang boleh diseksa, dipaksa bekerja , dihukum dan dibuang negeri selagi tidak didapati melangggar undang-undang. Setiap sesuatu tindakan yang hendak dikenakan terhadap seseorang individu ituperlu mengikut garis panduan yang ditetapkan undang-undang. Setiap individu boleh bekerja untuk mencari rezeki dinegara ini selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Begitu juga kebebasan ekonomi yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Individu juga berhak memiliki harta dan jika hartanya di ambil oleh kerajaan , pampasan yang setimpal perlu diberikan.
Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedudukan agama-agama lain
Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Agama Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.
Kedudukan Raja-Raja Melayu
Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Majlis Raja-raja membincangkan perkara-perkara dan boleh bertindak mengikut budi bicara seperti berikut:
i.    Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau  
memilih atau memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
ii.   Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.
iii.    Memperkenan atau menolak apa-apa undang-undang yang mengubah  sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh tentang keistimewaan, kedudukan, kehormatan atau kebesaran raja-raja.
iv.  Bersetuju atau tidak bersetuju apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas Persekutuan secara menyeluruh.
v.   Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (10) Perkara 182.
vi.  Memberi ampun, peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.
Semua raja dan Yang diPertua Negeri secara automatik menjadi ahli Majlis Raja-Raja. Walau bagaimanapun, Yang diPertua Negeri tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja untuk tujuan mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucut jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja. Selain itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda bertindak sebagai Ketua Negara Malaysia.

Disclaimer
Welcome Here

Profile
Stuff

Credit
Big Help

Template : Sasa
Basecode : Azzahra
Coding : N. Afiqah
Edited : Fatqah