PENGAJIAN MALAYSIA
Bab 4 : Pembangunan Negara
Friday 10 March 2017 • 15:05 • 0 comments

PEMBANGUNAN NEGARA

6.0 PENGENALAN 

Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di nagara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosioekonimi antara kaum . Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, pendapatan negara kita adalah rendah dan kadar kemiskinan rakyat adalah sangat tinggi.Tetapi dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan telah mengubahkan nasib negara kita dari kurang maju ke negara maju dalam mata dunia. Dalam tugasan ini kami akan terangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dan kerjayaan yang telah dicapai melalui dasar ini.


6.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini ialah kesan peninggalan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960 ). Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965 ) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Rancangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970 ).



MAKSUD PEMBANGUNAN
Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.
Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.


RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu : 

1) Perancangan peringkat pertama ( zaman pramerdeka ) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu ( 1950-1955 ) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960 ). 

2) Peringkat kedua iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965 ) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama ( 1960-1970 ) iaitu selepas Malaysia ditubuhkan. 


3) Peringkat ketiga iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) iaitu Rancangan Malaysia kelima ( 1986-1990 ).


Image result for rancangan pembangunan ekonomi dari rancangan malaysia pertama hingga sebelas


RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG ( RRJP ) DAN RANCANGAN MALAYSIA  ( RM )


  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun 1990.
  • Kerajaan telah berjaya melaksanakan program-program jangka pendek, iaitu Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 ), Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980 ), Rancangan Malaysia Keempat ( 1981-1985 ) dan Rancangan Malaysia Kelima ( 1986-1990 ).
  • Pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua ( RRJP2 ) pada tahun 1991.
  • Meliputi Rancangan Malaysia Keenam ( 1991-1995 ) dan Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996-2000 ).
  • April 2001, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ( RRJP3 ) pada tahun 2001-2010 meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001-2005 ) dan Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006-2010 ).
  • RRJP3 merupakan fasa kedua bagi usaha negara untuk mencapai wawasan 2020.
TUMPUAN RRJP3 DIBERI KEPADA BEBERAPA  TERAS DAN DASAR YANG STRATEGIK UNTUK MENCAPAI PEMBANGUNAN MAMPAN : 

  1. Membina Bangsa yang berdaya tahan.
  2. Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama.
  3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
  4. Menghadapi persaingan antarabangsa.
  5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.
  6. Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia.
  7. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan.

RANCANGAN MALAYA PERTAMA ( 1956-1960 )


  • Dilancarkan mengikut projek di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu.
  • Matlamat : Untuk Membangunkan Ekonomi Negara Dengan Memberi Penekanan Kepada Sektor Sektor Luar Bandar.
  • Tahun 1856, menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhan dua agensi kerajaan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

RANCANGAN MALAYA KEDUA ( 1961-1965 )


  • Diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia.
  • Menggunakan kaedah perancangan dari atas ke bawah dan perancangan dari bawah ke atas.
  • Kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan Rancangan Malaya Pertama.


RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu, Sabah & Sarawak).
  2. Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia & kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Beberapa buah agensi kerajaan telah ditubuhkan :
  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966
  2. Bank Bumiputra 1966
  3. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
  4. Lembaga Penasihat Tarif & Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Mengatasi & memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penganalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat membasmi kemiskinan & menyusun semula masyrakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
  2. Penubuhan Petrleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Merupakan peringkat kedua pelaksanaa DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baru.
  2. Penekanan kepada isu alam sekitar & keselamatan negara.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA pada tahun 1980.
  2. Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA & RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar.
  2. Sektor baru diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
  2. Membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang,Skudai,Bintulu,Menggatal & Likas.
  3. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
  4. Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia & Pelan Induk Industri (PIP)'.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Mencapai perpaduan negara.
  2. Mencapai objektif DEB.
  3. Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan & aktiviti ekonomi yang lain.
  4. Meningkatkan pelaburan asing terutamanya sektor eksport.
  5. Menggalakkan sektor pertanian & luar bandar.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
  2. Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
  3. Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.
  4. Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)


  • Dibentangkan di parlimen pada 10 Julai 1991 yang merupakan fasa pertama perlaksanaan RRJP2 yang merangkumi Dasar Pembangunan Negara.
  • CABARAN : mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh negara selepas kemelesetan ekonomi.
  • STRATEGI PEMBANGUNAN : 
  1. Mempelbagaikan industri asas.
  2. Meningkatkan sumber pembangunan manusia.
  3. Penggunaan teknologi baru.
  4. Mengurangkan ketidakseimbangan struktur.
  • STRATEGI MENCAPAI RMK6 :
  1. Meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi.
  2. Menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan.
  3. Mengurangkan penglibatan sektor awam.
  4. Menjamin pertumbuhan ekonomi stabil.
  5. Mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang baik.
  6. Memajukan program pembangunan industri dan penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti bermutu tinggi.
  7. Mengukuhkan pasaran modal dan kewangan bagi meningkatkan tabungan negeri.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH ( 1996-2000 )
  • Mengekalkan penekanan pada konsep pembangunan seimbang seperti di dalam Dasar Pembangunan Negara.
  • Menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan serta sains dan teknologi.
  • Menekankan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Rancangan ekonomi turut terjejas akibat masalah kewangan yang bermula pada tahun julai 1997 dan kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memastikan kestabilan negara seperti :
  1. Menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara 7 Januari 1998.
  2. Pelan Pemulihan Ekonomi Negara 23 Julai 1998.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN ( 2001-2005 )

Image result for rancangan malaysia yang ke 8


RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN ( 2006-2010 )

Image result for rancangan malaysia yang ke 9



RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH ( 2011-2015 )

Image result for rancangan malaysia yang ke 10


RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS ( 2016-2020 )



  • Dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak di parlimen pada 21 Mei 2015.

  • Terdapat 6 program yang dirancang untuk dilaksanakan : 
  1. Program Transformasi Kerajaan
  2. Program Transformasi Ekonomi
  3. Program Transformasi Politik
  4. Program Transformasi Komuniti
  5. Program Transformasi Sosial
  6. Program Transformasi Fiskal
  • Terdapat 6 strategi tumpuan :

  1. Memperkukuh insklusiviti ke arah masyarakat saksama
  2. Meningkatkan kesejahteraan rakyat
  3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
  4. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampapan dan daya saing 
  5. Memperkukuhkan insfrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
  6. Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

  • Pelaksanaan Game Changers :
  1. Meningkatkan produktiviti
  2. Menjana kekayaan melalui inovasi
  3. Mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah
  4. Menteraskan pendidikan dan latihan teknikal atau TVET
  5. Melaksanakan pertumbuhan hijau
  6. Melabur di bandar-bandar berdaya saing

6.2 DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

     Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dalam tahun 1970 sebagai tindak balas atau reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.

     Program-program pembangunan sejak merdeka belum dapat mengatasi perbezaan sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, desa dengan bandar, negeri-negeri pantai barat dengan pantai timur dan negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.DEB diperkenalkan dan dilancarkan bagi tempoh 20 tahun (1971-1990).

    Dasar Ekonomi Baru adalah tercakup dalam RRJP1 (1970-1990).Matlamat DEB adalah serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak dikaitkan dengan mana-mana kaum atau keturunan.

   DEB merupaka satu strategi Negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.Ia juga merupakan satu dasar yang mempunyai cabaran, pengorbanan dan iltizam yang memerlukan satu perubahan sikap atau mental semua penduduk di negara ini.

     Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh dua puluh tahun ia dilaksanakan (1971-1990) sepanjang tempoh RRJP1.

BIJIH TIMAH 


  • Perusahaan tertua di Tanah Melayu.

  • Pernah di dominasi oleh masyarakat melayu sebelum 1820.


  • 1820-1824 proses peralihan penguasaan sektor perlombongan dari Melayu ke Cina 



  • Berkembang pesat dari pertengahan abad ke 18 hingga ke awal abad ke 19 (1929)
  • Perkembangan industri ini kerana permintaan dunia yang tinggi 
  • Merosot pada tahun 1929 – 1932 (kemelesetan ekonomi). 
  • Kembali pulih pada tahun 1935 bila pengeluaran bijih dihadkan



GETAH



  • Mula mendapat perhatian pada tahun 1877. 
  • Sumber ekonomi kedua terbesar selepas Bijih Timah pada abad ke 20 dgn peluasan dr 140 hektar (1897) hingga 202 500 hektar (1910) 
  • Permintaan dunia berikutan perkembangan perusahaan pembuatan kereta di Amerika Syarikat. 
  • Kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan industri getah mengalami nasib sepertimana Industri Bijih Timah. Harga getah merosot teruk disekitar tahun 1920-1922. 
  • Faktor lain kemerosotan termasuklah pengenalan dan penggunaan getah tiruan.


PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA 

  • Rancangan Pembangunan Lima Tahun untuk menggalakkan penerokaan bidang baru dalam sektor pertanian dan perindustrian. Contoh: Kelapa sawit, koko, kopi, padi, tembakau dan ubi kayu. 
  • Perubahan dasar dalam ekonomi negara ke arah memajukan sektor perindustrian. Pengeluar terpenting barang-barang elektronik, tekstil, balak dan produk-produk kelapa sawit. 
  • Teknologi maklumat dititikberatkan di samping industri berteknologi tinggi semakin bertambah, perindustrian jentera dan kenderaan bermotor mula diperkenalkan. 
  • Malaysia merangka strategi berbentuk dasar atau program tertentu bagi membolehkan negara mengeksport lebih banyak barangan siap dan membangunkan asas teknologi sendiri.


KONSEP DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA
KONSEP PEMBANGUNAN


  • Pembangunan merangkumi segala bentuk tindakan atau aktiviti kerajaan yang bercorak pembangunan yang digubal secara satu pakej untuk memenuhi keperluan perancangan dan pelaksanaan sesuatu idea pembangunan. 
  • Contoh : Pembangunan Putrajaya. Pusat Pentadbiran Persekutuan-bandaraya berangkai (Megacity):KualaLumpur-Putrajaya

CIRI CIRI PEMBANGUNAN NEGARA

  • Terdapat ciri-ciri tersendiri yang berbeza daripada aktiviti lain. 
  • Wujudnya matlamat dan objektif yang terang terutama dari segi kos dan faedah. 
  • Terdapat keterangan yang komprehensif tentang semua aspek perancangan dan pelaksanaan. 
  • Mempunyai keterangan tentang pembahagian kerja dan tanggungjawab di kalangan pihak-pihak yang berkenaan.
MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA PADA ABAD KE 20 
  • Mempertahankan matlamat asal pembangunan negara dalam DEB iaitu membasmi kemiskinan melalui pembangunan seimbang dengan pengagihan yang adil dan saksama. 

  • Mementingkan pembangunan asas-asas pembangunan negara seperti sumber manusia, sains dan teknologi khususnya teknologi maklumat di samping memastikan ekologi dan alam sekitar terpelihara. Contoh : Menubuhkan Multimedia Super Coridor (MSC) di Cyberjaya. 

  • Melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991- 2000 yang digubal berteraskan kepada satu konsep pembangunan iaitu Wawasan 2020 yang bermatlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.


BELANJAWAN

  • Menentukan pengagihan sumber kewangan Kerajaan Persekutuan dibuat dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan objektif negara. 
  • Mengawal peruntukan supaya ia dibelanja oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk tujuan yang ditentukan dengan cekap dan berkesan. 
  • Menguruskan pemberian kepada Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan-Kerajaan Tempatan selaras dengan apa yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dan keputusan-keputusan kabinet.

RANCANGAN-RANCANGAN LIMA TAHUN 


  • Disebut sebagai rancangan jangka pendek. 
  • Diperkenalkan selepas Pembentukan Malaysia 1963. 
  • Bertindak sebagai satu sistem yang menjadi dasar kepada pembangunan jangka pendek negara yang merangkumi pelbagai aspek. 
  • Dirangka bagi memastikan negara memastikan pelaksanaan sesuatu dasar dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan DEB berakhir pada tahun 1990. Dalam tempoh 20 tahun tersebut negara telah mengalami kepesatan pembangunan walaupun mencapai pelbagai rintangan dan halangan. Rentetan dari itu, pada 17 Jun 1991, kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (RRJP2) meliputi perancangan selama 10 tahun (dari tahun 1991 ~ 2000). Penggubalan RRJP2 berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Perancangan ini adalah titik permulaan ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Matlamat DPN adalah perpaduan negara. Ianya merupakan impak positif DEB yang telah dirancang sebelumnya oleh kerajaan dalam menangani isu perpaduan rakyat dan negara.

Aspek-aspek yang ditekankan di dalam DPN ialah:-

  • Keadilan Sosial
  • Ketabilan Ekonomi dan Politik
  • Kualiti Hidup
  • Kecekapan dan Kecemerlangan Pentadbiran Kerajaan
Dalam mencapai matlamat DPN, iaitu pembangunan seimbang di dalam segala segi, digariskan perkara berikut sebagai panduan. Antaranya ialah:-
  • Pengagihan Kekayaan negara secara Adil dan Saksama
  • Pembangunan masyarakat yang seimbang dari segi Mental dan Fizikal
  • Pembentukan Nilai Moral dan Etika yang tinggi masyarakat Malaysia
  • Pengurusan sumber semulajadi yang lebih cermat, dan 
  • Pemeliharaan ekologi sistem negara.
Bagi menentu dan memantau kejayaan, DPN telah melaksanakan beberapa program penting buat negara. 3 program penting yang direncanakan ialah:-
  • Hasil Pencapaian Yang Berkualiti dan Berkekalan (Penekanan kepada aspek-aspek Latihan dan Pendidikan)
  • Persaingan Dalam pasaran Antarabangsa/Global (Peningkatan daya tarikan pelabur dan usahawan asing untuk melabur di Malaysia)
  • Wawasan 2020 (Pengembelingan semua entik dalam mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020)
Disamping 3 program di atas, DPN juga menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor Pembuatan dan Perkhidmatan dengan penumpuan penuh kepada Industri Kecil dan Sedarhana (IKS).


Selain daripada itu agensi-agensi amanah dan perbadanan awam telah dipertanggungjawabkan dalam menjana ekonomi kaum bumiputera negara.


DASAR WAWASAN NEGARA

Dasar Wawasan Negara dengan tema utama, iaitu ‘Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’. Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam DWN adalah seperti berikut :
  • Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan.
  • Pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan
  •  Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.
  • Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

Teras Utama DWN
a. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
b. Menggalakkan pewujudan masayarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah..
c. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhan, institutsi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro
d. Mempertingkatkan daya saing untuk mengahadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
e. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.
f. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

DASAR PERTANIAN NEGARA 

DPN telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 oleh Datuk Musa Hitam selaku pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara

Matlamat :

  • memaksimumkan pendapatan sektor pertanian serta pendapatan pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran dan meningkatkan hasil dan mutu komoditi eksport
  • Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;
  • Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;
    Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
  • Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan
    Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan

Strategi perlaksanaan
  • Pembukaan tanah baru pertanian
  • Pemulihan tanah terbiar
  • Penyatuan tanah
  • Galakan perladangan perkumpulan
  • Menambahkan sokongan pertanian
  • Penekanan peningkatan mutu dan persembahan atau pembungkusan hasil pertanian
  • Meningkatkan peranan agensi-agensi pertanian
  • Memupuk semangat berdikari dan bantu-membantu sesama petani

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Maksud Dasar Pendidikan Kebangsaan :
Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam pembentukan diri setiap individu ke arah mengenali diri dan mencapai kehidupan yang baik dan sempurna.Seperti Prof. Dr. Muhammad Naquib beliau mendefinisikan pendidikan sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan negara dan juga telah diiktiraf sebagai alat untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional.

Sejarah Penubuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan :
Sejarah penubuhan dasar ini adalah semasa dalam tahun menuju kemerdekaaan dan timbul kesedaran di kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia bahawa betapa pentingnya diwujudkan satu sistem pendidikan yang baru bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak negara. Dasar ini telah lahir melalui Penyata Razak 1956 dan termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1957. Kesedaran ini juga timbul bagi menggantikan sistem pelajaran yang tidak memuaskan yang mana telah disusun oleh penjajah dan berkembang tanpa mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Hal ini kerana, penjajah tidak menggalakkan kaum bumiputera Malaysia menimba ilmu ke tahap yang tertinggi dan jika ada sekalipun, anak-anak Melayu ini hanya diberi pendidikan untuk menghasilkan satu generasi bertani yang lebih moden sedikit. Tetapi keadaan ini hanya disedari selepas tercapainya kemerdekaan dan melalui kesedaran ini juga telah melahirkan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1961.

Objektif Pelaksanaan Dasar :
Objektif pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1957 ialah merupakan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk dan mewujudkan beberapa bidang tugas tertentu.
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah.
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dan mengadakan peluang pendidikan asas sembilan tahun. 
Kesan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan :

Semenjak ditubuhkan, dasar ini masih belum boleh dikatakan berjaya dan mencapai objektifnya. Walaupun sudah banyak sumber manusia yang telah disumbangkan kepada pembangunan negara tetapi sebilangan dari mereka tidak mampu menunjukkan nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia kerana ramai dari kalangan intelek cendekiawan yang terlibat dengan skandal dan jenayah kolar putih. Media pernah mendedahkan kegiatan rasuah dan penipuan di kalangan para pegawai kerajaan dan penggelapan wang rakyat. Contohnya ialah skandal BMF yang melibatkan wang yang berjumlah berjuta-juta ringgit. Keruntuhan moral di kalangan pelajar juga menunjukkan bahawa dasar tersebut belum mencapai objektifnya kerana masalah ini semakin berleluasa. Misalnya, kajian yang pernah dijalankan terhadap 90 buah sekolah di seluruh negara menunjukkan terdapat seramai 343 orang pelajar terlibat dalam penagihan dadah dan ini bermakna hitung panjang murid yang menagih dadah di setiap sekolah adalah 4 orang. Selain itu, terdapat juga pelajar yang membunuh diri kerana gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi dan contoh kes ialah Norasiah Mamat pelajar tingkatan 3 yang mengantung diri pada 14 haribulan 4 tahun 1998. Jelas menunjukkan bahawa dasar ini belum mampu membentuk insan yang berakhlak dan tidak mencapai kesempurnaan ilmu. Dikatakan dasar ini tidak mencapai matlamatnya ialah kerana tidak mempunyai falsafah sedangkan falsafah, matlamat, objektif dan isi kandungan adalah penting dalam menentukan pengisian untuk mendidik insan.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

         Pengenalan

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan dalam proses pembangunan negara di Malaysia dimana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ia memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat. Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancanga yang teiti supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini menentukan sifat-sifat baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. 

Rasional

Penggubalan dasar kebudayaan kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Penggubalan dasar perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan. Peranan sebuah pusat pertemuan melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur sesuai kepada kebudayaan asas rantau dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Terdapat tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebagsaan iaitu :-
  1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau yang merangkumi kawasan malaysia adalah merupakan bahagian utama.
  2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik.
  3. Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak mulia.

Objektif

Usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu :-
  • Mengukuhkan perpaduan  bangsa dan negara melalui kebudayaan.
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
  • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. 
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut :-
  • Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan, dan perhubungan budaya.
  • Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya.
  • Mewujudkan komunikasi berkesan ke arah kesedaran kebangsaan.
  • Memenuhi keperluan sosiobudaya.
  • Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabanga. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

DASAR SOSIAL NEGARA
  • Dasar sosial boleh dianggap sebagai satu jenis dasar yang memberi keutamaan kepada nilai-nilai sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan. Kesemua nilai ini adalah perlu untuk pembangunan manusia yang seimbang dalam pelbagai aspek. Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara yang membangun untuk menangani pelbagai masalah yang timbul, termasuk masalah sosial.
  • Dasar sosial menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara, perhubungan kaum dalam masyarakat majmuk dan perhubungan kemasyarakatan. Keperluan-keperluan ini dipenuhi melalui pelbagai dasar seperti pendidikan, kebajikan masyarakat, sumber manusia dan sebagainya.
DASAR WANITA NEGARA

Kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.

Objektif-objektif Dasar Wanita Negara ialah:

(i)  Menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan.

(ii)  Mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan dan membasmi kemiskinan.

Strategi-strategi Pelaksanaan

Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita Negara (DWN), beberapa strategi dibentuk bagi menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan sperti berikut:

(a)       Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai Jentera Pembangunan Negara
(b)   Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan supaya memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita. 
(c)      Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan.
(d)      Membasmi diskriminasi dan mengambil tindakan tegas.
(e)      Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenal Isu Wanita.


DASAR KELUARGA NEGARA

  • Dasar Keluarga Negara (DKN) secaraprinsipnya bertujuan menggesa semua pihak mengutamakan perspektif keluarga secara konsisten dalam setiap usaha perancangan pembangunan negara. 
  • Menerusi dasar ini, semua inisiatif yang mesra keluarga dan bersifat tersirat dapat diselaraskan demi kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial. 
  • Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abd Rahman, berkata setiap aspek pembangunan yang hendak dilaksanakan mesti mengambil kira kepentingan keluarga.
  • Satu dasar untuk mengutamakanperspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio ekonomi agar dapat melahirkan generasi berkualiti.
  • Dasar Keluarga Negara bertujuanmem bangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan resilien untuk memastikan kestabilan sosial.

WAWASAN 2020

Wawasan 2020 dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4-Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) sewaktu Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.Ia dibentangkan melalui sebuah kertaskerja beliau yang bertajuk 'Malaysia-Melangkah Ke Hadapan" yang bertujuan mengemukakan pandangan masa depan negara dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuannya negara sendiri.

Dirancangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka secara hakikinya, akan benar-benar maju, bersama rakyat yang bersatu, mampu berdiri dan berdikari sendiri, progresif dan makmur.

Dicadangkan juga Malaysia akan maju dalam segala aspek, terutamanya dalam aspek :-
  • Ekonomi
  • Politik
  • Sosial
  • Kerohanian
  • Kejiwaan, dan
  • Kebudayaan.
Negara yang masih dalam perjalanan yang jauh digariskan dengan 9 cabaran untuk mencapai wawasannya.
1.     Mewujudkan negara Malaysia yang BERSATU.
2.     Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dan berkeyakinan sendiri.
3.     Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan matang.
4.     Mewujudkan masyarakat yang penuh bermoral dan beretika.
5.     Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.
6.     Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
7.     Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
8.     Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9.     Mewujudkan masyarakat makmur dalam segala segi.

Begitulah 9 cabaran wawasan negara menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, isu utama Wawasan 2020 negara ini ialah pada :-
  • Pembentukan satu negara bangsa Malaysia.
  • Negara Perindustrian.
  • Keadilan Ekonomi dan Sosial
  • Moral dan Etika masyarakat.
  • Pembangunan Masyarakat berasaskan Sistem Kekeluargaan.

PELAN INTERGRITI NASIONAL
  • Digubal dan dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor negara dan lapisan masyarakat.
  • Tujuan
  1. Untuk menjadikan intergriti sebagai budaya masyarakat 
  2. Memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara
  3. Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat
  4. Meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi
  • Melahirkan masyarakat mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
  • Peningkatan dan pemantapan etika serta intergriti yang perlu menjadi budaya masyarakat.
  • Tiga pendekatan yang digunakan :
  1. Laporan dan resolusi oleh stakeholders terdiri daripada pelbagai sektor masyarakat melalui konvesyen, persidangan, seminar, forum atau kursus intergriti yang diadakan secara berkala.
  2. Maklum balas melalui soal selidik dan kajian yang dijalankan terhadap para peserta konvesyen, persidangan dan kursus yang dijalankan.
  3. Kajian mengenai nilai, etika dan intergriti yang dijalankan dari semasa ke semasa atas tajuk-tajuk khusus dengan memilih sampel secara rawak daripada pelbagai sektor masyarakat di seluruh negara.
  • 5 tekad intergriti ;
  1. Tekad intergriti satu - memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan.
  2. Tekad intergriti dua - meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah biokrasi.
  3. Tekad intergriti tiga - meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial koporat.
  4. Tekad intergriti empat - memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
  5. Tekad intergriti lima - meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
  • Faktor kemerosotan :
    •  individu 
    -Kurang pendidikan
    -Etika kerja lemah
    -Tamak 
    -Tidak nampak kelemahan sendiri

    • Budaya yang kurang menitikberatkan integriti
    -Takut membuat laporan
    -Sikap tidak ambil peduli
    -Enggan melaporkan kesalahan
    -Budaya angguk dan ampu

    • Kepimpinan
    -Kurang teladan, lemah iltizam
    -Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan

    • Sistem & Prosedur
    -Kurang ketulusan
    -Kurang penguatkuasaan 
    -Penguatkuasaan berpilih
    -Kurang pemantauan dan penilaian

    • Struktur dan institusi
    -Struktur yang tidak kemas dan kurang fokus
    -Struktur lapuk
    -Kurang koordinasi
    -Matlamat tidak jelas dan munasabah

1 MALAYSIA

TUJUAN
TUJUAN 1 MALAYSIA  Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum sebagai senjata utama menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran.Jika dihayati sepenuhnya, 1Malaysia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam semua bidang dan disegani seluruh dunia.Perdana menteri mahukan rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik.Konsep 1Malaysia juga menuntut setiap warga dan pemimpin memainkan peranan masing-masing justeru prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menjadi panduan.Namun tidak semudah sebutan, konsep 1Malaysia menuntut rakyat lebih terbuka, berfikir dan bertindak melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing. Sejauh mana gagasan ini akan membawa negara, sememangnya bergantung pada tahap penerimaan dan penghayatannya.   

MATLAMAT
• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

 GAGASAN 1MALAYSIA
• Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat  Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
• Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
•      Maksud    Rakyat    Didahulukan    dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :

• Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
• Mengurangkan kadar jenayah.
• Memerangi rasuah.
• Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

• Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.
• Menambah baik pengangkutan awam.
• Sementara   bagi   maksud   Pencapaian

1 MALAYSIA DIPERKENALKAN 
1 MALAYSIA  telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak  pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.

Disclaimer
Welcome Here

Profile
Stuff

Credit
Big Help

Template : Sasa
Basecode : Azzahra
Coding : N. Afiqah
Edited : Fatqah