PENGAJIAN MALAYSIA
Bab 3 : Kemasyarakatan dan Perpaduan
Friday 17 March 2017 • 22:26 • 0 comments

PENGENALAN

Hubungan etnik penting untuk mewujudkan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial. Persaingan dan konflik sering berlaku di negara yang memepunyai pelbagai kaum. Menurut, Shamsul Amri Malaysia berkembang pesat dan menjadi negara berpendapatan sederhana kurang daripada 50 tahun. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.

3.1 KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA

Etnik utama di Malaysia:
  -Melayu, cina, india
Asalnya etnik Melayu penduduk asal di Malaysia. Etnik Cina dan India berasal dari negara mereka masing- masing. Disebabakan oleh proses migrasi kedua- dua etnik ini berkembang sejak zaman pemerintahan Inggeris.

3.1.1 Etnik Melayu
   Memepunyai pelbagai  keturunan Melyu Proto (melayu purba/melayu asli), Melayu Deutro (Melayu Lama) dan Melayu Moden (melayu yang datang dari Timur Tengah, India, Cina dan Eropah).

Keturunan Melayu

  Orang Melayu Proto
-Sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunan, Taiwan dan seumpama.
-Mereka seperti orang Melayu dan berbahasa Melayu.
-Masyarakat ini mempunyai pelbagai kaum seperti Semang, Senoi, Temiang, Jakun, Orang Laut dan Orang Sungai.
-Ciri-ciri fizikalnya;-
berbadan pendek
berkulit gelap
berambut kerinting

  Orang Melayu Deutro
-Melayu Lama yang mendiami kawasan Lembah Mekang dan Vietnam iaitu Melayu Funan dan Champa.
-Mereka kurang berhijrah dan mempunyai bahasa yang seragam.
-Kebanyakan mendiami kampung dan dusun.
-Berkemahiran dalam bidang pertanian dan pembuatan besi dan logam.

Orang Melayu Moden
-Masyarakat bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dengan Melayu Deutro dan Melayu Moden.
-Kehidupan mereka setanding bangsa Eropah, China, Jepun dan Korea.
-Mereka menjadi Melayu dengan bertutur bahasa Melayu yang fasih, beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu dan berbangsa sebagai orang Melayu.
-Hampir kesemua masyarakat moden tinggal di bandar-bandar.

3.1.2 Etnik Cina

   Mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan usahawan Cina yang ingin bekerja sebagai pelombong. Setelah diberi kuasa mengusahakan lombong bijih timah , mereka tidak lagi patuh kepada pembesar- pembesar Melayu disebabkan permintaan bijih timah di England meningkat, ramai imigran masuk ke negara ini terutama Johor untuk perlombongan.

   Mereka juga berhijrah ke negeri Melayu untuk mencari rezeki . Mereka dipelawa oleh saudara-mara mereka. Etnik Cina tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Mereka terdiri daripada Etnik Kwantung iaitu Orang Kanton, Orang Teochew, Orang Hakka dan Orang Hailam. Kebanyakkan mereka ialah peniaga. Orang Hakka sebagai pelombong bijih. Orang Hailam membuka kedai kopi dan menjadi ornag menjadi orang gaji pembesar Eropah.

3.1.3 Etnik India

   Mereka masuk ke Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu, Indonesia dan sebagai buruh ladang. Mereka membina bangunan, jalan raya dan jambatan. Lebih ramai etnik India bekerja di ladang- ladang tebu, kopi dan teh kepunyaan orang Eropah.

   British membawa masuk orang Ceylon (Sri Lanka) yang berpendidikan Inggeris sebagai kerani, pembantu hospital, kakitangan perkhidmatan kereta api. Suku Malayee berpendidikan, megawal selia ladang- ladang Inggeris. Punjabi sebagai anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan iaitu kereta lembu. Kereta lembu sebagai pengangkutan utama menghubungkan kawasan perlombongan dengan pengkalan di sepanjang sungai.

3.1.4 Etnik Minoriti

   Orang asli pertama menetap di Tanah Melayu (1000TM). Merupakan sebuah kediaman terawal di Nusantara. Penemuan kesan- kesan peninggalan prasejarah di Lenggong, Perak dan Gua Niah, Sarawak. Penduduk terawal di negara ini ialah Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, Orang Punan di Sarawak dan Rungus di Sabah.

Etnik Serani
 masyarakat Portugis dan Belanda berkahwin dengan orang Melayu. Wujud di Melaka dan Pulau Pinang. Mereka kacukan Asia dan Eropah.

   Etnik Sarawak
kumpulan pertama :
   penduduk persisiran terdiri daripada orang Melayu dan kaum Melanau. Berasal dari Pulau Sumatera. Kaum Melanau beragama Islam, mengamalkan cara hidup Islam dan menggunakan bahsa Melanau.

kumpulan kedua:
   penduduk pedalaman- kaum Iban, Bidayuh, Bisayah, Murut, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Kedayan dan Kelabit. Penempatan utama, Sungai Saribas, Sungai Batang Lupar, Sungai Rejang dan Sungai Sekrang. Kaum Bidayuh mendiami kawasan Sungai Samarahan. Mereka menjalankan aktiviti pertanian (padi huma) dan pertanian pindah.

   Etnik Sabah
   penempatan di tepi- tepi pantai dan lembah- lembah sungai. Antara etnik- etniknya ialah Kadazan, Bajau, Dusun, Murut, Orang Sungai dan sebagainya.

   Etnik Kadazandusun
   berhijrah ke Boneo Utara kira- kira 2000 tahun dahulu. Kegiatan ekonomi mereka bergantung pada bentuk muka bumi dan kawasan mereka diami. Penduduk persisiran ialah suku Bajau, Suluk dan Brunie. Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan, memungut hasil hutan dan laut. Etnik Murut menjalankan kegiatan menanam padi bukit (padi huma), memburu binatang dan memungut hasil hutan.

3.1.5 Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia

   Sejarah penduduk Tanah Melayu berkait rapat dengan Orang Asli (orang Melayu Proto). Kehadiran kaum Cina dan India mempengaruhi dan mnegubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu. Tanah Melayu mempunyai hubungan keselamatan antara maharaja China dengan kerajaan Melayu Melaka. Tanah Melayu terletak di lokasi strategik (di tengah- tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat). Ramai pedagang berhijrah ke Melaka. Antaranya terdiri daripada pedagang dari China, India, Arab dan Eropah dan juga dari kepulauan Melayu. Tanah Melayu menjadi tempat persinggahan para pedagang India, China, Eropah dan Arab. Bukti menunjukkan kerajaan Kedah, Langkasuka dan Gangga Negara menerima pengaruh Hindu-Buddha, pedagang India.


3.2 PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

Punca berlakunya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum:-

   -pemisahan tempat tinggal menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat.
   -perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbangdan menimbulkan masalah perkauman.
   -fahaman politik yang mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza aliran, fahaman dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.
   -perbezaan kepercayaan atau agama, keturunan, bahasa dan adat resam.

Langkah- langkah yang diambil untuk mengatasi masalah perpaduan dalam kaum:-

Penyeragaman sistem pendidikan
   -memupuk semangat perpaduan di sekolah melalui pendidikan dan kurikulum seragam antara semua kaum.

Integrasi Ekonomi
   -melancarkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) agar kemiskinan dikurangkan dan seimbang di bandar serta luar bandar.

Aspek Sosial lain
   -untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum.

Penyatuan fahaman politik
   -mewujudkan semangat satu negara dan persefahaman dalam satu politik yang sama.

3.2.1 Faktor yang mempengaruhi Perpaduan dan Integrasi Nasional

Perkongsian kuasa politik di Malaysia
   -penyatuan parti berbilang kaum dalam satu penubuhan besar iaitu Parti Perikatan. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Persekutuan (1955) membuktikan penggabungan etnik dalam sau badan politik merupakan cara untuk mendapatkan sokongan.

Kerajaan Demokrasi
   -Demokrasi Berparlimen 1975 memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan ketidakpuasan melalui etnik yang berbeza.
   -seseorang boleh bersara dan membuat kritikan berdasarkan undang- undang dan peraturan yang ditetapkan.

Pertumbuhan ekonomi yang baik
   -mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum.
   -Program- program yang berkesan dalam bidang pertanian, perdagangan dan sebagainya oleh kerajaan.

Budaya tolak ansur
   -  tindakan menyertai Majlis Perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum.

3.2.2 Tahap Integrasi

Segregasi
   💥proses sosial yang menyebabkan kumpulan sosial diasingkan dengan kumpulan sosial lain.
   💥pemisahan berlaku dari aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, adat resam dan lain- lain.
   💥proses ini menyebabkan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain.
mempunyai 2 cara iaitu rela dan tanpa rela.

     1.  rela
golongan manusia yang memencilkan diri dan ingin berada dalam kumpulan mereka sahaja.
     2.  tanpa rela
perasaan dari pihak berkuasa ( segrasi de jure ) paksaan dari kerajaan.

Akomodasi
   💥setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati nilai etnik lain.
   💥etnik dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai budaya.

Akulturasi
   💥 penerimaan unsur kebudayaan antara suatu kebudayaan dengan kebudayaan yang lain dan diterima

Asimilasi
   💥apabila kumpulan minoriti mengamalkan budaya majoriti untuk mengurangkan batas.
   💥masyarakat akan menjadi homogenous.
   💥 Asimilasi mutlak / sempurna menyebabkan penghapusan berbeza dari segi kebudayaan dan identiti
   💥mempunyai dua jenis iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur.

Amalgamasi
   💥tahap paling
   💥terjadi apabila budaya bercampur untul membentuk budaya baru dan memakan masa.


3.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

💦sebagai sandaran dan menjadi pegangan negara dan rakyat Malaysia.
💦 digubal sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan menyatukan rakyat dan membimbing mereka ke arah perpaduan.
💦penggubalan Rukun Negara dilakukan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
💦 lahir daripada pemikiran Majlis Perundingan Negara oleh Parti Politik, Kesatuan Sekerja, akhbar dan lain- lain.
💦wakil berpeluang berbincang dan mencari penyelesaian masalah hubungan kaum.
💦 Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan satu susunan prinsip hidup bermasyarakat mengandungi nilai kenegaraan seperti agama, politik, budaya dan lain- lain.

Objektif Rukun Negara
💦mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam seluruh masyarakat.
💦memelihara cara hidup demokrasi.
💦mencipta satu masyarakat adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil.
💦membina masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.

Rukun Negara

💦kepercayaan kepada tuhan
💦kesetiaan kepada raja dan negara
💦keluhuran perlembagaan
💦kedaulatan undang- undang
💦kesopanan dan kesusilaan

3.3.1 Peristiwa 13 Mei 1969

💦berlaku rusuhan kaum melayu, cina dan india, tetapi tertumpu kepada kaum melayu dan cina.
💦 kejadian berlaku selepas Pilihan Raya 1969 tang dimenangi oleh parti pembangkang DAP dan Gerakan.
💦 DAP dan Gerakan mengadakan perarakan besar- besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 dan sesetengah perarakan dilakukan tanpa izin polis.
💦 perarakan diketuai oleh Datuk Harun Idris (MB Selagor) merupakan kesinabungan daripada perarakan jenazah Parti Buruh 9 Mei 1969 kerana seorang pemuda cina terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis.
💦rusuhan tercetus di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya. Bilangan yang cedera 492 orang.
💦peristiwa ini menyebabkan pemimpin meneliti isu perpaduan dengan lebih serius
💦 tindakan yang diambil ialah penangkapan tokoh yang menyertai rusuhan, perintah berkurung, dan mengawal berita- berita dan mengharamkan pilihan raya


Disediakan oleh;
  💖💖 AZATUL AKMAR BINTI SHAMSUDIN💦💦💦

Disclaimer
Welcome Here

Profile
Stuff

Credit
Big Help

Template : Sasa
Basecode : Azzahra
Coding : N. Afiqah
Edited : Fatqah