PENGAJIAN MALAYSIA
Bab 5: Isu-isu Keperihatinan Negara
Saturday 11 March 2017 • 05:29 • 0 comments

OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA
Secara ringkas, objektif-objektif dasar luar Negara adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
5.1 DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA
       Hubungan dengan luar negara sangat penting untuk menjamin keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara, pembangunan ekonomi serta kerjasama antarabangsa. Kejayaan negara mengadakan hubungan baik dengan negara luar menyebabkan Malaysia terkenal di seluruh dunia dan dapat meningkatkan ekonomi negara disamping menjadi tumpuan dalam kalangan negara luar. Kedaulatan negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Malaysia juga bekerjasama dengan negara-negara dunia dalam usaha mengutarakan kedudukan negara berasaskan kepentingan negara. Hubungan antarabangsa merupakan hubungan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara. Selain itu, ia juga merupakan hubungan yang terlibat entiti-entiti (dalam istilah politik).
5.1.1 PERANAN ASEAN
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau Association Of Southeast Asian Nations (ASEAN). Penubuhannya bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November. ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
          Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pada 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau. Oleh yang demikian, negara-negara anggota bagi ASEAN telah bertambah dan antara anggotanya ialah ialah Brunei Darussalam, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pada tahun 1975 dan diikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.
        Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campur tangan kuasa-kuasa luar selain daripada  menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama. Rakyat negara-negara anggota ASEAN berhak menentukan nasib negaranya sendiri.
        ZOPFAN ialah (Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali)
Objektif ZOPFAN adalah untuk :
(a) Menjamin keamanan dan kestabilan politik rantau AsiaTenggara
(b) Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
(c) Mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara.   
        
       ARF ialah (ASEAN Regional Forum) merupakan suatu forum yang dibentuk oleh ASEAN pada tahun 1994.
Objektif utama ARF ialah :
(a) Menjalin dialog dan rundingan konstruktif berkaitan dengan isu politik dan
     keselamatan demi kepentingan bersama.
(b) Membuat sumbangan signifikan terhadap usaha untuk memupuk keyakinan
     dan diplomasi di rantau Asia Pasifik.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak ASEAN di Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah menruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
         Prinsip-prinsip utama ASEAN ialah saling menghormati kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara. Memberi hak kepada setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversifatau paksaan (coercion). Selain itu, melakukan perbincangan  dan penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman dengan negara anggota. Menolak sebarang penggunaan ketenteraan sekiranya terdapat persengketaan. Akhir sekali, melakukan kerjasama efektif antara negara anggota.
Matlamat utama penubuhan ASEAN adalah ;
* Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan
   kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
* Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan 
   memenuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
* Meningkatkan kerjasama dan bantuan antara negara anggota ASEAN dalam pelbagai
   bidang termasuk latihan dan penyelidikan.
* Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor
   pertanian dan perdagangan.
* Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa
   lain.
        Keselamatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan pendidikan serta penyelidikan merupakan bidang yang dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN. Persetujuan yang telah dbuat dalam bidang keselamatan ialah menerima South East Asia Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ), iaitu menjadikan rantau ASEAN bebas daripada tenaga nuklear. Manakala, anggota ASEAN juga bersetuju menerima konsep ZOPFAN, iaitu bebas daripada persaingan kuasa besar. Selain itu, dalam bidang pendidikan pula, ASEAN bersetuju menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO), iaitu perkongsian kepakaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari negara anggota. Bidag kebudayaan, telekomunikasidan kesenian, pelbagai kerjasama telah dilaksanakan. Sebagai contoh Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Penubuhan Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking COUNCIL)< perlaksanaan projek-projek perindustrian seperti projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B, denggi dan Coxsakie merupakan bidang ekonomi, penyelidikan dan perubatan.
5.1.2 PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
         Pertubuhan Persidangan Negara-negara islam atau Organisation Of Islamic Conference (OIC). Pejabat OIC telah ditubuhkan di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan (Eropah Selatan) dan Asia Selatan. Pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
        Pertubuhan OIC bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan dan sebagainya. Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas OIC, oleh itu kita harus berasa bangga kerana lahir sebagai anak Malaysia. Negara kita sentiasa terlibat secara aktif dalam segala aktivitinya. Malaysia sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada negara Islam dan umatnya di seluruh dunia. Hal ini sejajar dengan dasar kerajaan yang memberikan keutamaan penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah.
  
PERANAN MALAYSIA DALAM OIC
~ Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan.
~ Mewujudkan perpaduan sesama ummah (konflik Israel-Palestin).
~ Membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia.
~ Menyokong perjuangan rakyat Palestin.
~ Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegivina.
~ Membangunkan ekonomi dan sosial Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan di negara itu.
~ Membuat pelaburan dalam industri minyak dan gas di beberapa buah negara seperti Iran.
~ OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat.
~ Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank.
~ Menangani asalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam antarabangsa.
~ Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara negara-negara Islam, Malaysia telah menganjurkan musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun.
~ Malaysia memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Palestin.
~ Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting.
~ Mendapat faedah berupa pinjaman daripada bank pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
~ OIC juga telah memberikan tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
~ Mendapat pinjaman daripada bank pembangunan Islam di bawah naungan OIC.
~ Menerima pengiktirafan daripada Tungku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
~ Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2013.
~ Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC.
~ Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam.
~ Mengesyorkan Islam ialah agama yang toleran, mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.  
                Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam sangat berguna bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara anggota. Tindakan yang amat diambil oleh perdana menteri ialah usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan negara anggota serta rakyat, iaitu memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan dan bukannya hal-hal boleh menjejaskan perpaduan. Membolehkan semua orang terutama wanita menyedari potensi mereka. Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif. Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam usaha memerangi rasuah dan memupuk arus takbir yang baik.
5.1.3 PERANAN KOMANWEL
Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL)
Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Pertubuhan ini dianggotai oleh  negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala  beribu pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat  membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.
5.1.4 PERANAN NAM
          Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.
Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama  ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
PERANAN MALAYSIA DALAM NAM
Tujuan utama pertubuhan NAM ialah mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan anggota.Menjadi medan diskusi bagi negara-negara anggota untuk menyuarah pendirian berhubung isu-isu semasa.Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.Memperjuangkan kepentigan negara-negara sedang membangun.Menekankan hal ehwal yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi.Mewujudkan muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.Meningkatan penguasaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.
          Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang terbesar  Malaysia sumbangkan ialah membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina  ke dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur  menegaskan tentang usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
5.1.5 PERANAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
         Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa.Bekerjasama dalam Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945. Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
          Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDTT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengama di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan Negara
        Matlumat pertubuhan (PPB) adalah menjamin,menjaga keamanandan keselamatanmenyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.
         Cabaran ialah mempromosikan nilai kesederhanaan pada peringkat global.Mendesak penggunaan kaedah perantaraan berbanding dengan ketenteraan dalam penyelesaian konflik.Meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh. 

Disclaimer
Welcome Here

Profile
Stuff

Credit
Big Help

Template : Sasa
Basecode : Azzahra
Coding : N. Afiqah
Edited : Fatqah