PENGAJIAN MALAYSIA
Bab 1 : Sejarah Awal Negara
Friday 10 March 2017 • 15:03 • 1 comments

SEJARAH AWAL NEGARA

KERAJAAN MELAKA

Antara kerajaan-kerajaan melayu yang wujud sebelum kelahiran kerajaan melaka:





Kesultanan melayu melaka merupakan warisan kerajaan sriwijaya yang berpusat di Palembang,Sumatera Tenggara.Ia muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 masihi.


PENGASASAN KESULTANAN MELAKA





PERGERAKAN PARAMESWARA SEBELUM MENGASASKAN MELAKA





PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL









PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA







SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN





FUNGSI EMPAT PEMBESAR LIPATAN




WILAYAH PEGANGAN PEMBESAR MELAKA




FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA





KERAJAAN JOHOR






PENGASASAN KESULTANAN JOHOR





PEMERINTAH-PEMERINTAH JOHOR DAN PUSAT-PUSAT PENTADBIRAN





PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR SEHINGGA TAHUN 1718




PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR 1721-1819

Selepas tahun 1721,pusat pentadbiran Johor tidak lagi berpindah dengan kerap.
  • Riau menjadi pusat pentadbiran Johor
  • Politik Johor lebih banyak dipengaruhi oleh kepentingan British


PERDAGANGAN DI JOHOR




PERAK

  • Petempatan di Perak telah terbukti wujud seawal zaman prasejarah dengan penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong,Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh.
  • Terdapat juga catatan dalam sulalatus salatin tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding. Perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama ‘Gangga Negara’yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di kawasan Beruas atau Manjung , Perak
  • Pengasas kesultanan Perak adalah dari kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis. Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak, Sultan Ahmad mangkat.
  • Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya, iaitu Raja Muzaffar dengan puteri Kelantan, iaitu Puteri Onang Kening sebagai ‘Raja Muda’. Biarpun begitu,apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan putera, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera baharunya Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’.Justeru ,apabila Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang berkecil hati dengan peristiwa ini, kemudiannya membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah.
  •  Naskhah Sulalatus salatin edisi Raffles MS18 mencatatkan bahawa selepas kemangkatan Sultan Mahmud di Kampar , Raja Muzaffar telah keluar dari negeri tersebut bersama-sama isterinya Tun Trang dan puteranya Raja Mansur ke Siak. Dari Siak mereka belayar pula ke Klang. Di Klang , mereka bertemu dengan seorang pedagang yang berasal Manjung bernama Situmi yang berdagang di Klang. Beliaulah yang membawa Raja Muzaffar ke Perak lalu ditabalkan sebagai Sultan Perak. 
  • Hal ini bermakna pada abad ke -16 keluarga pemerintah Perak berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka. Keluarga ini bertahan dalam kerajaan Perak sehinggalah abad ke -17 apabila keluarga baru muncul dari Pahangdan memerintah Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pemerintah Aceh , iaitu Sultan Iskandar Muda Thani. Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh , Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk di bawah kekuasaannya.
  •  Oleh itu , baginda telah melantik saudara sepupunya daripada keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak yang baharu. Beliau digelar Sultan Muzaffar Syah 2. Walaupun Raja Sulong dan keluarganya menjadi keluarga pemerintah baharu di Perak , sebenarnya keluarga ini turut mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.



PAHANG






  • Petempatan awal di Pahang juga terbukti dengan penemuan arkeologi yang merujuk pada zaman Mesolitik, Noelitik dan Gangsa. Antara kawasan tersebut ialah Sungai Lembing , Tembeling dan Tresang.Nama Pahang juga turut tercatat dalam catatan pengembara-pengembara terdahulu dengan pelbagai nama. Mengikut catatan pengembara Arab, Eropah dan China.
  • Pahang ditulis sebagai‘Pam’,`Pan’,`Paam’,`Paon’,`Phaan’,`Phang’,`Pahan’,`Pan-Pan’ dan `Pan-Hang’. Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura.
  • Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga dari Kesultanan Melaka.Sulalatus Salatin menyebut semasa pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera baginda, iaitu Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara, iaitu Tun Besar kerana bermain sepak raga dan bolanya telah terkena destar baginda. Oleh itu , untuk membalas perbuatannya yang zalim, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Maka, baginda menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah. Baginda kemudiannya mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperoleh tiga orang putera, iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud.
  • Sehingga awal abad ke-17, keturunan baginda (Sultan Muhammad) yang menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut . Implikasinya , takhta Pahang diambil alih oleh Keluarga Kesultanan Melaka- Johor , iaitu Raja Bujang. Pelantikan Raja Bujang telah memulakan dinasti baharu di Pahang, iaitu daripada jurai keturunan Kesultanan Melaka- Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad. Rombakan dan konflik berlaku sekali lagi apabila kerajaan Aceh menyerang Pahang pada tahun 1615 dan 1617 hingga menyebabkan wilayah Pekan musnah. Hal ini kerana, Sultan  Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Bujang di Pahang (ketidakpuasan hati ini berlaku kerana Aceh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan dengan Belanda).
  • Oleh itu , Pahang duduk di bawah naungan Aceh dan Raja Bujang berundur ke Johor. Aceh pula menyerang Johor pada tahun 1623. Namun kali ini, Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah 3 sekali gus sebagai Sultan Pahang . Pelantikan Raja Bujang telah menamatkan kewujudan pemerintah sendiri bagi negeri Pahang kerana Raja Bujang kini menjadi raja bagi dua buah negeri sekali gus, iaitu Johor dan Pahang. Pahang Aceh mulai merosot pada tahun 1641, apabila Sultan Iskandar Muda Thani mangkat dan takhta Aceh diambil alih oleh balunya Puteri Seri Alam yang bergelar Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah. Kerajaan Aceh didapati mulai lemah lalu membolehkan Johor  Mengukuhkan kekuasaan mereka termasuklah ke atas Pahang. Sebelum itu, ketika Johor masih di bawah pemerintahan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil Syah 3), Pahang sebenarnyya diberikan kepada anakandanya , Raja Bajau yang juga merupakan bakal sultan bagi menggantikan baginda bergelar Yamtuan Muda. Namun,sebelum sempat menduduki takhta , baginda mangkat pada tahun 1676 dan kedudukanya diganti oleh putera baginda bernama Raja Ibrahim telah ditabalkan sebagai sultan Johor-Pahang dan bersemayam di Pahang.
  • Pada tahun 1679, baginda telah berpindah ke Riau dan kekal bersemayam di sana. Keluarga kesultanan yang memerintah Johor-Pahang ini kekal sehingga tahun 1699, iaitu sehingga kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi Melaka. Selepas ini, didapati bahawa Pahang tidak lai mempunyai kesultanan sendiri (sekalipun berkongsi). Pada tahun 1699, dinasti Bendahara pula mengambil alih pemerintahan Johor. Justeru, Sultan Abdul Jalil 4 telah melantik adindannya, Tun Abdul Jamal sebagai Bendahara dan diberikan wilayah pegangannya di Pahang. Keturunan Bendahara kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang. Keturunan Bendahara kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang. Dinasti Bendahara Johor di Pahang yang mengasaskan Kesultanan Pahang ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad. Beliau menggunakan gelaran sultan mulai tahun 1882. Biarpun begitu, baginda hanya ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Disember 1884 dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah dan  kemudiannya diiktiraf oleh British pada tahun 1887. Dengan pengistiharan rasmi penggunaan gelaran sultan ini , muncullah sebuah keluarga kesultanan baharu di Pahang yang kekal sehingga ke hari ini.


KERAJAAN MELAYU BAHARU


TERENGGANU




  • Pada tahun 1726 , kerajaan Negeri Terengganu telah ditubuhkan dan Sultan Zainal Abidin adalah sultan Terengganu yang pertama . Baginda adalah adinda kepada Sultan Abdul Jalil , bekas bendahara yang menjadi sultan Johor . Sultan Abdul Jalil telah berpinda ke Terengganu setelah melarikan diri dari Johor dan berpindah pula ke Kuala Pahang . 
  • Sumber sejarah ada mengatakan Sultan Zainal Abidin telah dilantik oleh Raja Terengganu tetapi ada juga sumber mengatakan bahawa beliau telah dilantik menjadi pemerintah Negeri Terengganu oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah iaitu Putera Sultan Abdul Jalil.
  • Sistem pentadbiran Negeri Terengganu sama dengan pentadbiran Negeri Johor iaitu mufti dan kadi merupakan pembesar yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu dengan memberi nasihat berkaitan keagamaan . Seterusnya , zaman kegemilangan negeri ini bermula pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dari tahun 1741 hingga 1793.

NEGERI SEMBILAN



  • Kebanyakan penduduk Negeri Sembilan adalah orang Minangkabau yang berasal dari Pagar Ruyung , Sumatra . Pada awal abad ke 16 petempatan orang Minangkabau wujud di Naning , Sungai Ujong dan Rembau . Sumber-sumber sejarah mencatatkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1677 . Orang Minangkabau telah menjemput Raja Ibrahim iaitu anak Raja Pagar Ruyung untuk dijadikan raja mereka di Negeri Sembilan . 
  • Namun begitu , hasrat mereka untuk mewujudkan sebuah kerajaan gagal kerana Raja Ibrahim mati terbunuh pada tahun 1678 di Rembau . Sehubungan dengan itu , tempat Raja Ibrahim digantikan dengan Raja Kesah yang juga dari Pagar Ruyung . Namun begitu , beliau tidak layak menjadi raja . 
  • Sumber sejarah yang lain pula mengatakan , Kerajaan Negeri Sembilan ini telah diasaskan oleh Raja Melawar yang juga dari Pagar Ruyong  pada tahun 1733 . Raja Khatib dari Siak telah dahulu tiba Negeri Sembilan sebelum ketibaan Raja Melawar lagi . Raja Khatib cuba mendapatkan pengaruh di Negeri Sembilan . Raja Khatib membuat percubaan untuk merampas kuasa dengan bantuan Penghulu Naam dari Ulu Muar tetapi gagal . Mengikut sumber sejarah yang dicatatkan oleh Belanda menyatakan bahawa Raja Melawar sudah terkenal sejak tahun 1720-an . 
  • Pada tahun 1772 , Raja Kecil yang telah diusir oleh kerajaan Johor telah meminta bantuan daripada Raja Melawar . Namun begitu , permintaan beliau tidak dilayan oleh Raja Melawar . Sebaliknya , pada tahun 1727 Raja Kecil mengutuskan Raja Khatib ke Negeri Sembilan . Hal ini bertujuan untuk menggulingkan Raja Melawar yang memerintah Rembau dan menguasai Rembau . Raja Khatib Berjaya menguasai Rembau dan cuba meluaskan kuasanya ke Naning .
  • Pada ketika itu , Naning berasa di bawah jajahan Belanda . Pada tahun 1728 pula , Raja Khatib telah ditangkap oleh pihak Belanda seterusnya menghantarnya ke Siak .Kemungkinan besar Kerajaan Negeri Sembilan terbentuk pada ketika ini adalah kerana orang Minangkabau berhasrat untuk menyaingi kuasa Bugis yang bertapak di Johor . 
  • Tambahan pula , dalam perjanjian antara Gabenor Belanda di Melaka dengan ketua kaum Bugis , Daing Kemboja , Raja Tua Klang dan Ketua Orang Minangkabau pada tahun 1759 , tercatat akan kepentingan Rembau sebagai Pusat Kerajaan Negeri Sembilan . Sehubungan dengan itu , Raja Melawar telah ditabalkan di Penajis , Rembau sebagai yang Dipertuan Besar yang pertama . 
  • Rembau juga menjadi pusat Kerajaan Negeri Sembilan dan dikenali sebagai tanah kerajaan dan kediaman diraja dipindahkan ke Seri Menanti yang juga dikenali sebagai Tanah Mengandung.
SELANGOR


  •   Kerajaan Selangor merupakan kerajaan terakhir yang wujud pada abad ke 18 . Bermula pada tahun 1766 dengan pertabalan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama . Baginda telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud di Kota Lumut dengan memakai gelaran Sultan Salehuddin Syah .
  •  Selepas pertabalan tersebut , Sultan Salehuddin Syah mengamalkan dasar luar yang agresif . Baginda ingin berbaik baik dengan orang Bugis di Selangor . Oleh kerana itu baginda mengadakan hubungan yang baik dengan kerajaan Perak . 
  • Sistem pentadbiran Negeri Selangor masih memakai sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Johor . 
  • Beberapa jawatan masih dikekalkan dalam sistem pentadbiran negeri itu. Antaranya ialah : Dato’ Menteri , Dato’ Naga , Datuk Engku Kelang . 
  • Jawatan-jawatan pembesar Selangor yang telah diwujudkan oleh Sultan Salehudden adalah : Datuk Maharajalela , Datuk Panglima Dalam , Datuk Penggawa Tua , Tengku Panglima Besar dan Datuk Kaya Kecil Kelang . 
  • Ketika puak Bugis menguasai Selangor , mereka membina pusat pentadbirannya di Kuala Selangor . Sebelum dikuasai Bugis , Sungai Bernam di bawah kuasa Kerajaan Perak . Perluasan pengaruh Bugis meliputi Jeram , Klang , Langat , Lukut dan Sungai Raya . 
  • Pada 1777 , Sultan Salehuddin mangkat dan Raja Ibrahim telah dilantik sebagai Sultan Selangor yang kedua dengan gelaran Sultan Ibrahim Syah .

KELANTAN



  • Kerajaan ini pula wujud pada tahun 1764 . Sultan Kelantan yang pertama adalah Long Yunus dan beliau telah dilantik oleh Sultan Mansur Syah dari Terengganu kerana beliau telah membantu Sultan Terengganu mendamaikan huru hara di Kelantan . 
  • Long Yunus tidak menggunakan gelaran “Sultan” ketika baginda memerintah Kelantan . Sultan Kelantan dan rakyat baginda merupakan penganut agama Islam yang taat pada masa itu . Hsieh Ch’ing Kao yang telah melawat Kelantan mengatakan pengaruh agama Islam sangat kuat di negeri itu . Setelah Long Yunus mangkat , tempat baginda digantikan oleh menantunya iaitu Tengku Muhammad . 
  • Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati Long Muhammad iaitu putera Long Yunus dan ini mengakibatkan negeri itu huru-hara . Lomg Muhammad telah merampas kuasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Kelantan dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad 1 . 
  • Hubungan Antara Kelantan dan Terengganu menjadi renggang kerana Tengku Muhammad adalah putera Sultan Terengganu . Oleh itu , Sultan Muhammad 1 telah mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Siam bagi mengukuhkan kuasa baginda.
  • Hubungan baik antara Siam dengan Kelantan menyebabkan Siam campur tangan dalam hal ehwal kerajaan Kelantan dan seterusnya pentadbiran negeri itu diambil alih oleh Inggeris selepas Siam dan Inggeris menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 .



KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

TEORI DAN FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA






BUKTI PENYEBARAN ISLAM DI TANAH MELAYU


  • Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa agama islamtelah tersebar di tanah melayu sejak zaman kerajaan awal tanah melayu,iaitu sebelum kewujudan zaman kesultanan melayu Melaka.Sebuah batu bersurat bertulisan jawi telah ditemui di Kuala Berang,Terengganu sekali gus menjadi bukti bahawa agama islam telah sampai ke Terengganu.Batu bersurat tersebut telah ditulis dalam bahasa melayu dengan menggunakan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah.Antara yang tercatat di atas batu bersurat tersebut adalah tentang islm sebagai agama rasmi an hukum-hakam islam tentang maksiat.




  • Terdapat juga sebuah batu nisan yang ditemui di Kampung Tanjung Inggeris,Mukim Langgar berhampiran Alor Star,Kedah yang bertarikh 904M.Nama 'Syeikh Abdul Qadir ibni Shah Alirah' tercatat pada nisan tersebut.Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menyebarkan ajaran agama islam di sana.


ZAMAN PENJAJAHAN
PENDUDUKAN PORTUGIS

OLA








KESAN PENINGGALAN PENJAJAHAN POTUGIS





BRITISH


HELLO






BELANDA


GOENDENDAG








PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA


  • Termeterai perjanjian antara pihak British dengan Belanda pada 17 Mac 1784






JEPUN


KO-NYI-CHI-WA






  • Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh di tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942.Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945.









KESAN PENDUDUKAN JEPUN






KESAN POLITIK DARIPADA PENDUDUKAN JEPUN
SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN





Kumpulan Bintang Tiga






GERAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU

Parti komunis malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 atas arahan pertubuhan komunis antarabangsa yang dipengaruhi oleh Rusia.Tujuan penubuhan PKM adalah untuk membentuk negara komunis di tanah melayu.PKM perlu mendapatkan sokongan orang melayu dan orang india.Namun,PKM hanya mendapatkan sokongan orang cina kerana permusuhan antara negara China dengan Jepun.Ketika pendudukan Jepun,PKM menjadi kuat kerana mereka bermuafakat dengan british untuk menentang jepun.PKM mengatur strategi dengan menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA).

Dalam tempoh dua minggu,pihak british menduduku semula tanah melayu selepas jepun mengaku kalah,PKM melalui MPAJA atau bintang tiga telah keluar dari tempat persembunyian dan merampas senjata tentera jepun dam tenera kebangsaan india.Mereka juga menmbulkan huru-hara dan menguasai tanah melayu .Mereka juga melakukan penyeksaan ke atas orang melayu sebagai cara membalas dendam akibat layanan baik diterima oleh orang melayu semasa pendudukan jepun.


PROSES KEMERDEKAAN

Bermula abad ke- 20 kerana semangat nasionalisme dari segi agama, sosial, ekonomi & politik
 • Cara: Akhbar & persatuan 
• KESAN: MALAYAN UNION dan parti politik 

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION:

  • Semua negeri melayu termasuk pulau pinang dan melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat.
  • Singapura kekal sebagai tanah jajahan mahkota british di bawah seorang gabenor british yang berasingan.
  • Malayan union diketuai oleh seorang gabenor yang berkuasa penuh dalam hal pentadbiran dan dibntu oleh majlis mesyuarat persekutuan dan majlis undangan persekutuan.
  • Kedaulatan raja-raja melayu dihapuskan.Kedudukan raja-raja melayu hanya pada urusan agama islam dan adat resam melayu serta penasihat kepada gabenor.
  • Hak kewarganegaraan yang sama tanpa mengira bangsa dan keturuna berdasarkan prinsip jus soli.

PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

Dato' On Jaafar dan wail 41 buah pertubuhan melayu telah menghadiri kongres melayu se-malaya anjuran persatuan melayu selangor yang diadakan di kelab.Sultan Sulaiman,Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946.Antara resolusi Kongres ialah:
  1. Tindakan segera menolak Malayan Union
  2. Menghantar sebuah perwakilan ke London untuk menolak Malayan Union.
  3. Menubuhkan jawatankuasa bagi merangka perlembagaan UMNO
  4. Mengadakan Dderma Kebangsaan Melayu.
  5. Menggalakkan pelajaran dalam kalangan orang melayu.

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

  • Raja-raja melayu hilang kedaulatan.
  • Pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang asing akan menyebabkan hak istimewa orang melayu terancam,mengurangkan majoriti orang melayu serta menjejaskan ekonomi dan politik orang melayu.
  • Penggubalan malayan union dibuat d london tanpa penegetahuan dan penglibatan pemimpin melayu.
  • Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan dan tandatangan raja-raja melayu terhadap perlembagaan malayan union melalui kekerasan,ugutan dan paksaan.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU



British mengadakan perbincangan semula dengan perwakilan melayu melalui jawatankuasa kerja pada 17 April 1947 dan meletakkan beberapa pindaan.British akhirnya menerima pindaan draf perlembagaan jawatankuasankerja untuk dijadikan asas perlembagaan tanah melayu.Antara isi kandungan perlembagaan rakyat ialah:

  • Singapura disatukan dengan tanah melayu
  • Sebuah kerajaan pusat dan majlis negeri dipilih melalui pilihan raya
  • Raja-raja melayu mempunyi kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
  • Keistimewaan melayu diwujudkan
  • Adat istiadat dan agama islam dikawal oleh orang melayu
  • Kerakyatan yang sama rata
  • Merah dan putih menjadi latar belakang bendera tanah melayu
  • Bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan da bahasa rasmi.
  • Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjdai tanggungjawab bersama antara british dan tanah melayu
  • Warganegara tanah melayu harus dinamakan "Melayu"

PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU






Pengisytiharan Darurat

Pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi British telah mengisytiharkan darurat bagi kawasan di Perak dan pada 17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Pengisytiharan Darurat dibuat kerana Parti Komunis Malaya (PKM) telah membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak.

Undang-undang Darurat 1948 telah memberi kuasa kepada polis dan tentera untuk menahan atau menangkap orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan. Pihak tentera juga mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung di kawasan dimana terdapatnya kegiatan komunis.

Sistem pendaftaran juga telah diperkenalkan dan melalui sistem ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftar dan mempunyai kad pengenalan diri. Dokumen ini penting sebagai identiti warganegara yang membezakan mereka dengan pengganas.

Rancangan Briggs

Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs, bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini bertujuan menhalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pemberontakan komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar daripada hutan.

Perang Saraf

Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 menggantikan Sir Henry Gurney. Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil beberapa tindakan di antaranya;
  • Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu.
  • Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri.
  • Memberi hadiah kepada mereka yang memberi maklumat mengenai pengganas komunis.
  • Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka.
Di samping itu juga, beliau telah memperkenalkan sistem ‘kawasan putih’ dan ‘kawasan hitam’. Templer  juga memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis.
  
Rundingan Baling

Setelah mengalami kemerosotan pengaruh akibat tindakan kerajaan membanterasnya, PKM terdorong untuk mengadakan perundingan dengan kerajaan. Rundingan ini telah diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Dis 1955 dan pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi tuntutan ini telah ditolak. Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM juga menolak tawaran yang diberikan oleh kerajaan supaya PKM meletakkan senjata. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh PKM. Akhirnya, darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.


PAKATAN MURNI

Umno telah menghantar satu memorandum kepada CLC yang berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan ketuanan melayu tetapi ditolak oleh anggota CLC.Sehubungan itu,satu kerjasama dibuat antara UMNO dan anggota CLC sebagai suatu bentuk tolak ansur dalam perundingan tersebut.Beberapa perkara telah di[ersetujui antaranya seperti yang berikut:
  1. Syarat kerakyatan persekutuan dilonggarkan
  2. Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang melayu
  3. Pilihan raya akan diadakan di peringkat perbandaran,negeri dan majlis perundangan persekutuan pada masa yang sesuai

SISTEM AHLI




PILIHAN RAYA UMUM

HILANG KELAYAKAN PEMILIH
  •     Pemilih akan hilang kelayakan jika :
a.Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman/sedang menjalani hukuman penjara.
b.Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati/penjara untuk tempoh 12bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
c.Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
d.Telah memperoleh kerakyatan asing. 


RUNDINGAN KEMERDEKAAN




Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai pada jam 12.00tengah malam pada  31 ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
  Penerunan bendera Union Jack menandakan Kemerdekaan Tanah Melayu
  Pagi 31 Ogos 1957,Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaanPersekutuan Tanah Melayu di stadium Merdeka melalui penyerahan pengisytiharankemerdekaan oleh wakil Ratu  Elizabeth.




PEMBENTUKAN MALAYSIA


  •       Persekutuan tanah melayu mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957.Pada waktu itu,singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada british,sabah dan sarawak masih kekal sebagai tanah jajahan british,manakala brunei di bawah perlindungan kerajaan british.Usaha penubuhan malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam negeri dan luar negara.


IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA

  • MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS
  • Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil.
  • Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.

  • MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA
  • Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
  • Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cubamencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.
  • Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.
  • Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap negeri Sabah, Sarawak dan Brunei.

  • PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI
  • Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.


  • MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK.
  • Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
  • MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA
  • Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
  • Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawakmembolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.

REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA 

JIRAN


FILIPINA

Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.


INDONESIA

Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.  Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia  Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.

Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.


PROSES-PROSES PEMBENTUKAN 

MALAYSIA


JAWATAN KUASA PERUNDANGAN PERPADUAN MALAYSIA
  • Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia untuk memperkenalkan konsep Malaysia kepada penduduk Sabah, Sarawak, dan Brunei. Pada 23 Julai 1961 , Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhlan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen dan dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.Rundingan dan perbincangan diadakan sebanyak empat kali, iatu pada 21 Ogos 1961 di Kota Kinabalu; 18 hingga 20 Desember 1961 di Kuching; 6 hingga 7 Januari 1962 di Kuala Lumpur dan 1 Februari 1962 di Singapura untuk memberikan penjelasan tentang gagasan Malaysia.Brunei tidak menyertai rundingan pertama tetapi menghantar perwakilan pemerhati pada tiga rundingan yang berikutnya.

    Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju menggunakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malayisa.Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia juga bersetuju atas perkara-perkara yang berikut:
    •      Kewujudan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
    •       Beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang imigresen.
    •       Bahasa Melayu dijadikan Bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi.

PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLD


Penubuhan Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari, 1962. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mendapat pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea dan gagasan penubuhan Malaysia. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh wakil British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson serta  dua orang wakil Tanah Melayu, iaitu Mohd Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
Suruhanjaya Cobbold telah memulakan tugas pada 19 Februari  hingga 18 April, 1962. Suruhanjaya Cobbold telah menerima 2,200 memorandum  dan surat dari pelbagai pihak. Laporan tersebut diserahkan kepadah kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jun, 1962. Penyata Cobbold telah diterbitkan dan diumumkan pada 1 Ogos, 1962. Ramai yang menyokong cadangan pembentukan Malaysia dan 80% penduduk Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk menyertai Malaysia.
Terdapat beberapa perkara yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Cobbold iaitu:
a)      Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
b)      Sabah dan Sarawak diberi kuasa anatomi dan jaminan khas. Tidak boleh dipinda atau dibatalkan tanpa persetujuan kerajaan negeri berkenaan.
c)      Dinamakan sebagai Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri sendiri.
d)      Kuasa imigresen dan agama dibawah Dewan Undangan negeri masing-masing.
e)      Peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak.


JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN 

(JAK)




Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :

           Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.

           Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
           
Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
            
Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
         
      Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.




PERSETUJUAN PEMBENTUKAN 

MALAYSIA


Pada Jun 1963, Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London.Perundingan tersebut berakhir pada 8 Julai 1963 dengan persetujuan dan perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil  dari kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.Brunei yang  pada  mulanya  turut serta dalam perundingan tersebut telah menarik diri pada saat-saat akhir perjanjian itu ditandatangani.Tarikh awal penubuhan  Malaysia dicadangkan pada  31 Ogos  1963 tetapi  ditunda kepada  16 September 1963 disebabkan oleh laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu dapat disiapkan pada 14 September 1963.
  
 Penubuhan Persekutuan Malaysia
Wakil kerajaan/negeri
                         Tokoh
British
§  Harold Macmillan
§  Ducan Sandys
§  Lord Lansdowne
Persekutuan Tanah Melayu
§  Tunku Abdul Rahman
§  Tun Abdul Razak
§  Tan Siew Sin
§  Datuk V.T Sambathan
§  Datuk Ong Yoke Lin
§  Dr.Lim Swee Aun
Sabah
§  Datu Mustapha bin Datu Harun
§  Donald A.Stephen
§  W.K.H. Jones
§  Khoo Siak Chiew W.S. Holley
§  G.D. Sundang
Sarawak
§  P.E.H. Pike
§  Temenggung Jugah
§  Datuk Bandar Abang Haji Mustapha

§  Ling Beng Siew
§  Datuk Abang Haji Openg
Singapura
§  Lee Kuan Yew
§  Goh Keng Swee












PENGISYTIHARAN MALAYSIA


Upacara Pengisytiharan Malaysia diadakan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Pengisytiharan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman serta dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak, anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur dan jemputan khas. Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan secara serentak di Singapura, Jesselton dan Kuching.

 Di Jesselton, pengisiytiharan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Donald Stephens di hadapan Datu Mustapha bin Datu Harun dan wakil kerajaan Persekuuan, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Di Kuching, pengisytiharan dibuat oleh wakil kerajaan Persekutuan iaitu Mohd Khir Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Abang Haji Openg bin Abang Sapiee dan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan.






Disclaimer
Welcome Here

Profile
Stuff

Credit
Big Help

Template : Sasa
Basecode : Azzahra
Coding : N. Afiqah
Edited : Fatqah